Wednesday, December 12, 2012

:: Kelam Malam Ini :: (Tribute)


KAU SAHABAT KAU TEMAN - HIJJAZ


:: KELAM MALAM INI ::


Kelam malam ini
Dalam jaga penuh sepi
Ditemani aliran air kolam kecil berbunyi
Aku terkesan lagi dengan situasi
Situasi asing tapi dekat di hati
Aku tatap & aku geledah mencari isi
Walau aku tahu entri itu sepi
Entri insan yang hakikinya pergi
Pergi menghadap sang Illahi
Bertemu kekasih cinta abadi
Dijemput syahid penuh bererti

Kelam malam ini
Alam basah terhujani
Gigil aku berselimutkan diri
Sedang kau kaku 7 kaki di bawah bumi
Dan aku baring 7 tingkat di aras bumi
Sedang kau kaku lena di bawah ini
Dan aku masih mampu hirup udara alam ini
Aku terkenang sahabat sejati
Yang dijemput pergi tak akan kembali

Kelam malam ini
Terjaga aku dari mimpi
Biar mimpi ini ditarik pergi
Dan aku masih terkenang sahabat sejati
Bukan pantas untuk dicari ganti
Perlakuanmu aku pahat sebati
Tingkahmu pernah mencuit hati
Dan kini hilang tiada pengganti
Biar aku simpan sampai mati
Bertemu nanti di syurga Illahi

Kelam malam ini
Doa aku teriring pergi
Pergi bersama malam yang sunyi
Semoga sahabat sejahtera abadi
Aku yakin dan aku pasti
Alam sana pasti abadi
Walau jasad ditelan bumi
Ingatan aku padamu sahabat kekal sejati
Dan itu adalah pasti

Nukilan ikhlas,
NASZ_AKIM @ Home Sweet Home
12-Dis-2012 ; 0212hr

Aku tujukan puisi ini untuk sahabat handai, teman yang tiada pengganti, sanak-saudara, semua yang mengenali diri ini..yang terlebih dahulu pergi menghadap Illahi.. =( Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..

p/s : Lagu ini sekadar latarbelakang bagi sesiapa yang membaca puisi kosong nih

Monday, December 10, 2012

:: Post Terakhir Allahyarham Mohd Asyraf Aminuddin ::


Allahuakbar! Allah Maha Besar!
Berita pemergian seorang siswa UPM, Serdang pagi tadi betul-betul mengejutkan aku.. Berita tak rasmi aku dapat dari opismate yang kebetulan lalu kat kawasan kejadian pagi tadi.. Trafik sesak teruk menghampiri kawasan kejadian & Bahagian Keselamatan UPM terpaksa menutup laluan masuk dari highway..

Pagi tadi, Isnin, 10 Disember 2012..seorang siswa UPM; Mohd Asyraf Aminuddin, pelajar tahun 2, Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM telah bertemu kekasih abadi; Allah Taala apabila motosikal LC dipandu arwah bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di simpang 4, Pintu 8, UPM berdekatan dengan pintu Stadium UPM, menghala ke Fakulti Pertanian (Baru) di Kompleks Agribio..

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian mungkin disebabkan luka yang terlalu teruk akibat perlanggaran tersebut berpandukan keadaan kereta tersebut yang remuk teruk.. Masing-masing yang lalu hanya mampu menahan hiba apabila allahyarham telah bertutup dengan beg plastik hitam, menungga saat dan tika dibawa ke hospital berdekatan mungkin untuk post-mortem dan segala bagai prosedur hospital..

Allahyarham yang juga merupakan pelajar Kolej Ke-12, merupakan anak jati Tanah Merah, Kelantan disifatkan sebagai seorang yang rajin tersenyum dan baik budi bahasa orangnya.. Kehilangan allahyarham merupakan suatu kejutan di pagi Isnin buat seisi warga UPM terutamanya kenalan rapat allahyarham.. Dan, sememangnya kawasan tersebut selalu sangat berlaku kemalangan dan ada beberapa kemalangan yang telah meragut nyawa & kes allahyarham nih antara salah 1 kes tersebut.. Mungkin pihak UPM perlu mengambil langkah drastik bagi membendung masalah ini supaya kejadian ini tidak perlu berulang lagi pada masa mendatang.. Ada baiknya kalau pihak pengurusan membina bonggol di setiap jalan yang ada di sekitar tempat kejadian bagi memperlahankan kenderaan dari semua arah.. Dan langkah ini seharusnya diambil segera..

Apa kata, kalau saya ambil masa anda-anda-anda semua beberapa minit untuk sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.. Semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman & beramal soleh.. InsyaAllah.. Amiin..

Al-Fatihah!

BTW, saya sempat mencari FB arwah dan ini adalah entri terakhir arwah.. Sedey sangat bunyi entri terakhir nih.. Terutamanya bila empunya entri nih telah dijemput pergi Illahi.. =’(


Dan ini pulak, beberapa keping gambar arwah semasa hayatnya & gambar accident tadi.. Mungkin ada yang kenal dengan arwah dan sekiranya ada, saya yakin entri nih boleh mengimbas kembali kenangan anda bersama arwah..


Walau saya betol-betol takde kaitan dengan arwah, dan saya memang tak kenal langsung dengan arwah, tapi berita pemergiannya di awal usia 20-an nih betol-betol menyedihkan saya.. Betol-betol memberikan kesan dan impak seakan-akan saya kenal denga arwah.. Kepada keluarga Allahyarham Mohd Asyraf Aminuddin, takziah dari saya & saya yakin allahyarham merupakan anak yang baik tetapi DIA lebih menyayangi arwah lebih dari segala-galanya.. Hidup dan mati itu pasti, dan semuanya telah DIA aturkan tidak awal sesaat dan tidak pulak lewat sesaat..

Untuk diri saya sendiri, saya cuba meletakkan diri saya di tempat arwah.. Di kala usia baru kenal erti mencari & mengenal diri, DIA mengambil segalanya pergi.. Pergi dan hilang dari sisi orang yang tersayang, dan itu adalah pasti.. Dan mungkin ada yang tertangis dan harapnya bukan meratapi.. Kerana aku pergi takkan kembali.. Walau tangis berdarah sekali.. Kerana DIA menyayangi.. Untuk menjemput aku pergi menghadap Illahi.. Allahuakbar! =’(

P/s : Sementara ada hayat dikandung badan, masa yang masih bersisa, gunakanlah setiap ruang terpinjam ini untuk berbaik-baik dengan insan sekeliling yang pastinya menyayangi & disayangi.. Kelak hilang tak timbul kesal di hati..

Wednesday, November 14, 2012

:: Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2013 ::

Salam sejahtera sahabat handai jauh & dekat.. Pekaba anda-anda-anda smua? Masih berada dalam barakahNya? InsyaAllah.. Saya doakan anda-anda-anda smua, aippp..anda jugak ler..hehehehe..sehat-sehat belaka.. Dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang berpanjangan didekatkan dengan sifat-sifat mahmudah, dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah.. Amiiin.. =)

Pepun, memang lame giler kot tak update ape-ape kat blog nih.. Mahap ye kengkawan.. Huhu.. Cakap banyak pun tak guna kan, so arini saya update-kan untuk kengkawan yang keje gomen jadual gaji tahun depan.. Lepas nih bolehlah merancang-rancang tarikh kahwen ke, tarikh dapat duet kutu ke.. Hehehe.. #WinkWink
p/s : Untunglaaa keje gomen.. Hmmm..

Friday, October 5, 2012

:: H-O-R-M-A-Tlah Sikit ::


Salam petang sahabat handai, yang jauh & jugak yang dekat..

Buat para pembaca blog aku yang hidup segan mati tak mau nih, pleaseeee..jangan mudah putus asa untuk terus baca dan baca dan baca isi hati aku dalam blog nih.. Sepuluh jari aku susun cecantik mohon ampun & maaf yang tak terzahir andai sepeninggalan aku dalam dunia penulisan nih, ada pihak yang dah pun beralih arah dari blog comel aku nih.. #Erkkk! Peninggalan aku bukan maksudnya nak pergi trus tapi disebabkan masalah-masalah ‘jiwa’ yang tak dapat aku elakkan, aku rasa aku butuh masa untuk menerjah personaliti diri aku sendiri yang maha kusut nih..

Topik bicara aku arini cukup santai.. Santai untuk dibaca seterusnya mudah untuk ditelan, dihadam dan dibuang cerna oleh golongan-golongan pembaca yang faham apa yang aku cuba sampaikan.. ‘Give me your respect, and I will respect you more’.. ‘Orang memberi, kita merasa’..
Terdidik sejak kecil dengan pembelajaran formal menyebabkan ada jiwa-jiwa yang membesar dengan telunjuk ilmu rasmi.. Pembelajaran bagi aku cukup mudah; formal dan tidak formal..langsung dan tidak langsung.. Belajarlah dari pengalaman sebab ianya adalah guru yang terbaik.. Tak semua yang nak dihadap sekarang nih ada tertulis indah dalam buku teks skolah.. Hatta buku kat library kat mane-mane university skarang pun belum tentu ada smua ilmu Dia nih.. Pengalamanlah sebenarnya yang mematangkan manusia untuk mengenal dan belajar erti sebuah penghidupan dan kehidupan..

Aku slalu dengar orang cakap waktu kecik-kecik dulu, ‘ngko nih dulu kecik-kecik tak nak mampus, dah besar nyusahkan orang..’ Perghhh, waktu dengar nih dolu kala memang ghase sadis abis lah.. Rase macam tak patut kluar ayat cenggitu pun ade jugak.. Tapi tuh dulu, zaman aku masih berhingus & belajar untuk menjengah alam Dia nih.. Skarang? Aku plak ghase ade betulnya ayat cenggitu untuk sesetengah orang walaupun agak kasar pada pendengaran.. Macam aku cakap dulu, masa meninggalkan sejarah yang tak mungkin akan berulang & kita akan tua dengan berlalunya masa tersebut..dalam kita sedar atau kita tak sedar.. Tapi jap jap jap..chuppp..ape aku merepak meraban ni daaa.. Huhu..

Aku sebenarnya nak kabo pasal ‘hormat’ hak orang lain.. Susah sangat ke nak belajar rasa hormat tuh hagak-hagaknye? Analogi paling simple aku bagi untuk anda-anda smua berfikir.. Aku dah kemas katil aku elok-elok sebelum klua pergi keje.. Selimut aku dah lipat.. Bantal aku dah susun.. Cadar aku dah rapikan.. Alih-alih aku balik keje, bukak-bukak pintu je tengok ade kesan orang baring atas katil aku.. Haa haa haa, tak baek gelak cenggitu.. Memang lah! Kesan pun aku boleh tau sebab pagi tadi aku dah penat kemas elok-elok der.. Balik-balik aku tengok cadar dah tak rapi, bantal dah teralih kesan kena hempap dengan kepala sape ntah.. Sighaaaappp! Sebab tuh aku cakap, kena tanamkan rasa ‘hormat’ dalam diri.. Kalau anda ada rasa ‘hormat’, anda mesti kemaskan smula katil tuh seperti asal..

Sama jugak macam meminjam barang memember.. Meminjam pandai memintak, takkan nak pulang pun nak bersuruh? Sebabkan member dari ikhlas nak bagi pinjam, terus dapat dosa sebab duk ngutuk anda yang takde sifat ‘hormat’ nih.. Tak susah kan, lepas pakai datanglah smula untuk pulangkan barang tuh.. Orang macam nih lah sebabkan peminjam yang baek hati tulus ikhlas nih jadi susah dah nak bagi pinjam sebab memang dah macam fitrahnya ramai yang sikapnya macam nih.. Aku tak nampak part mane yang susahnya..
 
Sebab tuh aku ghase, kat atas muka bumi sebenarnya terdapat segelintir manusia (ehhhh..bukan awak ler..) yang tak pernah nak belajar dari pengalaman.. Banyak belajar dari pembelajaran formal.. Kurang pengaplikasian ke atas hidup sebenar.. Bagi aku, tak semua benda boleh dapat dari buku.. Manusia terdewasa dengan pengalaman dan masa yang kian berlalu serta pemikiran yang semakin matang.. Bagi yang terasa, aku mohon maaf banyak-banyak sebab aku dah terkena banyak kali.. Mungkin sebab aku jenis yang ‘perfectionist’ tapi aku sangat rimas dengan manusia sebegini..

Seusai membaca catatan ‘hebat’ aku nih, marilah bersama-sama kita berubah untuk tanamkan sifat ‘hormat’ dalam diri masing-masing.. Masih belum terlambat untuk berubah melainkan kita sendiri yang menangguh-nangguhkan perubahan tersebut.. Akhir kata, saya undur dengan maaf berjuta..