Wednesday, December 12, 2012

:: Kelam Malam Ini :: (Tribute)


KAU SAHABAT KAU TEMAN - HIJJAZ


:: KELAM MALAM INI ::


Kelam malam ini
Dalam jaga penuh sepi
Ditemani aliran air kolam kecil berbunyi
Aku terkesan lagi dengan situasi
Situasi asing tapi dekat di hati
Aku tatap & aku geledah mencari isi
Walau aku tahu entri itu sepi
Entri insan yang hakikinya pergi
Pergi menghadap sang Illahi
Bertemu kekasih cinta abadi
Dijemput syahid penuh bererti

Kelam malam ini
Alam basah terhujani
Gigil aku berselimutkan diri
Sedang kau kaku 7 kaki di bawah bumi
Dan aku baring 7 tingkat di aras bumi
Sedang kau kaku lena di bawah ini
Dan aku masih mampu hirup udara alam ini
Aku terkenang sahabat sejati
Yang dijemput pergi tak akan kembali

Kelam malam ini
Terjaga aku dari mimpi
Biar mimpi ini ditarik pergi
Dan aku masih terkenang sahabat sejati
Bukan pantas untuk dicari ganti
Perlakuanmu aku pahat sebati
Tingkahmu pernah mencuit hati
Dan kini hilang tiada pengganti
Biar aku simpan sampai mati
Bertemu nanti di syurga Illahi

Kelam malam ini
Doa aku teriring pergi
Pergi bersama malam yang sunyi
Semoga sahabat sejahtera abadi
Aku yakin dan aku pasti
Alam sana pasti abadi
Walau jasad ditelan bumi
Ingatan aku padamu sahabat kekal sejati
Dan itu adalah pasti

Nukilan ikhlas,
NASZ_AKIM @ Home Sweet Home
12-Dis-2012 ; 0212hr

Aku tujukan puisi ini untuk sahabat handai, teman yang tiada pengganti, sanak-saudara, semua yang mengenali diri ini..yang terlebih dahulu pergi menghadap Illahi.. =( Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..

p/s : Lagu ini sekadar latarbelakang bagi sesiapa yang membaca puisi kosong nih

Monday, December 10, 2012

:: Post Terakhir Allahyarham Mohd Asyraf Aminuddin ::


Allahuakbar! Allah Maha Besar!
Berita pemergian seorang siswa UPM, Serdang pagi tadi betul-betul mengejutkan aku.. Berita tak rasmi aku dapat dari opismate yang kebetulan lalu kat kawasan kejadian pagi tadi.. Trafik sesak teruk menghampiri kawasan kejadian & Bahagian Keselamatan UPM terpaksa menutup laluan masuk dari highway..

Pagi tadi, Isnin, 10 Disember 2012..seorang siswa UPM; Mohd Asyraf Aminuddin, pelajar tahun 2, Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM telah bertemu kekasih abadi; Allah Taala apabila motosikal LC dipandu arwah bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di simpang 4, Pintu 8, UPM berdekatan dengan pintu Stadium UPM, menghala ke Fakulti Pertanian (Baru) di Kompleks Agribio..

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian mungkin disebabkan luka yang terlalu teruk akibat perlanggaran tersebut berpandukan keadaan kereta tersebut yang remuk teruk.. Masing-masing yang lalu hanya mampu menahan hiba apabila allahyarham telah bertutup dengan beg plastik hitam, menungga saat dan tika dibawa ke hospital berdekatan mungkin untuk post-mortem dan segala bagai prosedur hospital..

Allahyarham yang juga merupakan pelajar Kolej Ke-12, merupakan anak jati Tanah Merah, Kelantan disifatkan sebagai seorang yang rajin tersenyum dan baik budi bahasa orangnya.. Kehilangan allahyarham merupakan suatu kejutan di pagi Isnin buat seisi warga UPM terutamanya kenalan rapat allahyarham.. Dan, sememangnya kawasan tersebut selalu sangat berlaku kemalangan dan ada beberapa kemalangan yang telah meragut nyawa & kes allahyarham nih antara salah 1 kes tersebut.. Mungkin pihak UPM perlu mengambil langkah drastik bagi membendung masalah ini supaya kejadian ini tidak perlu berulang lagi pada masa mendatang.. Ada baiknya kalau pihak pengurusan membina bonggol di setiap jalan yang ada di sekitar tempat kejadian bagi memperlahankan kenderaan dari semua arah.. Dan langkah ini seharusnya diambil segera..

Apa kata, kalau saya ambil masa anda-anda-anda semua beberapa minit untuk sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.. Semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman & beramal soleh.. InsyaAllah.. Amiin..

Al-Fatihah!

BTW, saya sempat mencari FB arwah dan ini adalah entri terakhir arwah.. Sedey sangat bunyi entri terakhir nih.. Terutamanya bila empunya entri nih telah dijemput pergi Illahi.. =’(


Dan ini pulak, beberapa keping gambar arwah semasa hayatnya & gambar accident tadi.. Mungkin ada yang kenal dengan arwah dan sekiranya ada, saya yakin entri nih boleh mengimbas kembali kenangan anda bersama arwah..


Walau saya betol-betol takde kaitan dengan arwah, dan saya memang tak kenal langsung dengan arwah, tapi berita pemergiannya di awal usia 20-an nih betol-betol menyedihkan saya.. Betol-betol memberikan kesan dan impak seakan-akan saya kenal denga arwah.. Kepada keluarga Allahyarham Mohd Asyraf Aminuddin, takziah dari saya & saya yakin allahyarham merupakan anak yang baik tetapi DIA lebih menyayangi arwah lebih dari segala-galanya.. Hidup dan mati itu pasti, dan semuanya telah DIA aturkan tidak awal sesaat dan tidak pulak lewat sesaat..

Untuk diri saya sendiri, saya cuba meletakkan diri saya di tempat arwah.. Di kala usia baru kenal erti mencari & mengenal diri, DIA mengambil segalanya pergi.. Pergi dan hilang dari sisi orang yang tersayang, dan itu adalah pasti.. Dan mungkin ada yang tertangis dan harapnya bukan meratapi.. Kerana aku pergi takkan kembali.. Walau tangis berdarah sekali.. Kerana DIA menyayangi.. Untuk menjemput aku pergi menghadap Illahi.. Allahuakbar! =’(

P/s : Sementara ada hayat dikandung badan, masa yang masih bersisa, gunakanlah setiap ruang terpinjam ini untuk berbaik-baik dengan insan sekeliling yang pastinya menyayangi & disayangi.. Kelak hilang tak timbul kesal di hati..