Tuesday, July 31, 2012

:: Bila LELAKI Masuk Dapur ::


Dengan niat yang suci murni, aku terpanggil untuk mencoret barang sebarang dua artikel sebelum bulan Julai tahun 2012 nih melabuhkan tirai dengan rasminya. Tapi, jap jap..tak sempat kot nak mencoret barang sebarang dua.. Memang mampunye sebarang je kot pepetang ari di kala sluruh manusia di bumi Serdang nih berciciran balik untuk menyediakan juadah berbuka.. Dan aku?! #Erk!

Apepun, Alhamdulillah…hari ini insyaAllah merupakan hari ke-11 umat Islam di seluruh dunia berpuasa dalam tahun 1433H.. Nampaknya, hanya tinggal 18 hari lagi sahaja sebelum Hari Raya Aidilfitri tanda kemenangan diraikan dalam pelbagai cara.. Hari ini jugak merupakan hari (dalam bulan Islam) di mana arwah pakcik saya; Allahyarham Azhar Muhammad meninggal dunia pada tahun 2000 yang lepas.. Semoga roh arwah pakcik saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh hendaknya.. Amiin.. #Al-Fatihah!

Apepun yang berlaku atas muka bumi sementara ciptaan Yang Maha Khaliq nih, kalian-kalian yang masih hidup, bernafas dan bernyawa nih wajib meneruskan kesinambungan hidup dalam mencari redha Illahi.. Yang meninggalkan kita sehingga hari ini adalah barang lepas supaya dapat kita ambik iktibar, pengajaran dan pelajaran dari apa yang berlaku.. InsyaAllah akan tiba jugak masa kita suatu masa nanti.. Lambat atau cepat.. Wallahua’lam..

Hari nih, hujan awal pagi tadi di bumi Serdang nih sedikit sebanyak memberikan keselesaan kepada semua umat Islam di sekitar sini untuk berpuasa dalam lingkungan keadaan yang lebih nyaman.. Berbanding seawal 1 Ramadhan lepas, udara panas menghangatkan Ramadhan menyebabkan dugaan maha besar terasa oleh kebanyakan orang kebanyakan..
Aku seperti kebiasaan dan kesamaan tahun-tahun lepas, masih belum merasmikan jejak kaki ke Bazaar Ramadhan dekat-dekat sini.. Aku lebih selesa untuk memasak juadah ringkas di rumah biarpun hanya berlaukkan ayam goreng kunyit, kicap dan telur dadar.. Tahun nih, pukul 6.00 petang menyaksikan aku tertongok di depan TV menonton rancangan memasak ‘Hello Bro…Tolong Masak’ di saluran 104 AstroRia.. Gandingan 3 orang anak muda-lelaki menyebabkan aku kadang-kadang senyum sendiri.. #Adeih! Bila kaum adam mula masuk dapur, trasa semacam ada suatu ke’macho’an di situ.. Memang unik dan bukanlah perkara asing untuk dipertontonkan kepada khalayak umum, kan? Tapi aku rasa di situlah ‘menarek tertarek’nya permainan nih.. Apepun, bagi kaum adam yang ‘selesa’ di dapur, tahniah dan syabas kerana anda berjaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum hawa di luar sana.. Untunglah kaum hawa yang memiliki/bakal memiliki kaum adam yang macam nih.. Bukan senang nak dapat! Tapi jangan sesekali disalahgunakan atau anda akan menyesal.. #Apakah!

Apepun, aku tetap tak faham apa yang aku sendiri cuba nak sampaikan dalam gaya penulisan aku hari nih! Cuma 1, lelaki yang pandai memasak itu adalah A.W.E.S.O.M.E.! =)

Friday, July 20, 2012

:: Air Mata Malam Itu ::


Lewat malam tadi, aku terbangun sementelah mata pun tak mahu meneruskan lelap dalam lelah yang aku fikir aku akan terbuai lena tanpa mimpi ke siang hari. Nyata, ramalanku tidak benar belaka. Terjaga dan tak ada apa-apa yang aku rancang nak buat, membuatkan aku pening memikirkan cara bagaimana untuk melelapkan mata yang membuntang. Atau mungkin bagaimana cara untuk sekurang-kurangnya melayan mata yang aku percaya masih mahu tidur nih. Bagaimana?!? Aku pun buntu.

Lantas, perlahan-lahan aku cabut wayar pengecas yang hampir penuh dan memutuskan cas ke tablet ihsan aku. Segera, aku perlahankan suara papan kekunci dan suara audio supaya tak mengganggu rakan sebelah yang aku kira nyenyak tidurnya. Jejari runcing aku pantas berlari di atas papan sesentuh membuka satu persatu mencari artikel yang sesuai untuk aku baca sambil melayan mata supaya cepat mengantuknya.

Pantas..mata aku tertancap pada satu post pada dinding kawan alam mayaku. Tertarik pada post nya berkenaan ucapan Hari Lahir. Biasa dan tiada istimewanya, bukan? Tapi, ucapan nih bukanlah ucapan biasa. Ucapan yang aku baca lewat malam ini adalah untuk teman jauh. Jauhhh di alam sana. Ucapan untuk jasad yang kejung tidak lagi bernyawa. Yang telah meninggalkan semua yang tersayang dan menyayangi. Meninggalkan alam fana untuk bertemu cinta hakiki di alam sana.. =( Walau aku tidak mengenali arwah, tapi jauh di sudut hati kecil aku, aku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah di alam sana.
Yang lagi menarik hati dan minat aku, FB arwah masih aktif. Mungkin ada ahli keluarga arwah yang tahu kata laluan arwah. Aku larikan jejari runcingku menggeledah post pada dinding FB arwah yang tidak terkunci. Subhanallah! Pelbagai post ucapan dari rakan taulan arwah memberi ucapan Hari Lahir meski arwah bukan lagi di sisi. Pelbagai ucapan penghargaan dan ingatan tulus suci dizahirkan dalam pelbagai susunatur ayat mengharukan aku dalam diam dan kelam malam mini. Tanpa aku sedar air mata laju bertakung panas di bibir mata. Mataku berkaca-kaca membaca setiap ucapan tersebut.

Meletakkan diri sendiri dalam situasi tersebut, menyebabkan aku tambah hiba. Adakah mungkin ingatan sebegitu akan tersisa untuk aku yang kebiasaan ini tatkala ajal dijemput Illahi suatu hari nanti? Berapa banyak sedekah Al-Fatihah atau/dan bacaan Yaasin akan aku terima nanti? Benar. Aku luluh memikirkan perkara yang tidak mungkin tidak akan berlaku itu. Hari-hari berlalu bukan sekadar mendewasakan usia, mematangkan diri tetapi mendekatkan diri pada ajalNya. Kesempatan yang masih berbaki ini, gunakanlah untuk menghargai setiap rakan di sekeliling kita. Kelak hilang, menyesallah diri..

Semoga aku mampu menjadi sahabat terbaik anda-anda-anda di luar sana hari demi hari.. Kalaupun saat aku tiada nanti, biarlah yang baik-baik sahaja meniti di setiap butir bicara kalian.. InsyaAllah.. Amiin.. =/

:: Salam Ramadhan 1433H ::

Sempena hari Jumaat, penghulu segala hari nih, tetibe rase nak nyanyi lagu Nasyid untuk halwa telinga anda-anda-anda smua.. Tapi, betol ke  halwa telinga yang saya nak sampaikan nih masalahnye? #Adeih! Tambahan pulak, insyaAllah dengan izin Dia, umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada esok hari, 21 Julai 2012 (Sabtu). Selaku hamba Allah yang tak pernah lari dari khilaf setiap masa, saya dengan penuh takzimnya memohon ampun dan maaf kepada anda-anda-anda smua.. Sesungguhnya saya nih hanyalah insan biasa yang masih mencari ruang dan peluang untuk menjadi lebih baek.. Apepun, layanlah ye lagu kat atas tuh.. Ikhlas dari lubuk hati.. #WowWee!
Mode : #Wasatiah #Ramadhan #Jumaat #Cuti

Bagi yang nak nyanyi bersama tuh, nih saya sertakan lirik lagu nih.. Best isinya.. Lend me ur ears, please.. =)


SUHAIMI IN-TEAM - ‘PERSONA ZULAIKHA’

Indah wajahnya gamit pesona
Pedih jemari terluka tidak terasa
Anggun tingkahnya runtun jiwamu
Adakah malaikat menjelma manusia

Saat kau turutkan perintah nafsumu
Enggan dia tunduk pada godaanmu
Dihasut amarah kau lontarkan fitnah
Terpenjara Yusuf pertahan imannya

(2)
Begitu cinta si Zulaikha
Tega mendamba kekasihnya
Hingga tenggelam dalam amukan rindunya
Namun tika datang cahaya
Dari cinta segala cinta
Seluruh jiwa kini hanyalah khaliqnya

Berganti rayu pada yang Satu
Basah bibirmu meratib Asma’ yang Esa
Hati yang tulus rindu yang qudus
Inilah cinta yang sebenarnya cinta

(1)
Dalam kehilangan kau temui iman
Tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusufmu di sisi Tuhanmu di hati
Hanya pengabdian bukti kesyukuran

Oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
Dari cinta hamba ke Penciptanya
Rindumu bukanlah pemusnah diri
Tetapi penemu cinta hakiki
Oh Zulaikha, kisahmu mempersona
Kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Ulang (1) (2)

Indah wajahnya menggamit pesona
Pedih jemari terluka tak terasa
Anggun tingkahnya meruntun jiwa raga
Adakah malaikat menjelma manusia
Oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
Dari cinta hamba kepada Penciptanya
Oh Zulaikha, kisahmu mempersona
Kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya


Tuesday, July 17, 2012

:: Senja Makin M.E.R.A.H. ::


Sendiri... Lagi...
Kupandang hitam malam ini
Penuh kelam lagi suram
Sesekali angin desir menyapa
Membangkitkan aku dari lena terpinjam
Yang panjang mungkin sudahnya hikayat
Terkejap senyum bahagia tercipta
Terkadang ada hiba melara
Membawakan aku rencah semua
Yang manis akan akhirnya cerna
Yang pahit walau dah ku jangka

Bahagia
Datangmu aku rindu
Rindu dalam lapar lahap
Singgahmu benar aku harap
Biar dalam lelap terlena
Esok mungkin sirna betapa
Aku redha dalam kalah
Aku resah dalam serah
Bertepuk mungkin tidak berbunyi
Tangan sembunyi malu bertaut
Hina dina tertusuk duri
Biar rajuk ku bawa diri

Duka
Nama mu elok lawan bahagia
Aku lari tak cukup kaki
Engkau datang terbang melayang
Membawa lekat bukan berkat
Terekat erat menjadi sebati
Walau hadirmu aku tak pinta
Pergimu aku doa pada Dia
Aku bukan tuanmu
Bukan hari ini
Bukan hari esok
Hairan diri rajuk tercipta
Engkau datang hinggapnya lama

Doa
Dalam gelap malam ini
Aku deritakan asal kau bahagia
Aku redhakan walau derita
Kenanglah aku walau tiada
Biar hiba menjadi teman
Asal teman menjadi bahagia
Biar mati menjadi tanda
Hadirmu mewarna hari senja
Mencorak rahsia tak pernah sirna
Aku doa engkau bahagia
Dan aku..aman menjiwa

Nukilan ikhlas,
NASZ_AKIM @ Home Sweet Home
17-Jul-2012 ; 0118hr