Monday, January 30, 2012

:: Lagu Menginspirasikan Hati.. ::


First time dengar lagu nih, rase macam lemah longlai je.. Tapi, dah banyak kali dengar kat Hot.fm, rase macam feel plak.. Selam punya selam punyalah dalam, rupanya lagu nih macam kisah penceritaan diri sendiri.. Adehhh.. Pada kengkawan yang nak menghayati lagu nih, silalah.. Kat bawah nih aku sertakan lirik lagu nih.. Layanszzzz..


SHAHIR AF8 - PENDAM

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta


Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta


Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

:: 10 Nasihat Buat Mereka Yang Sedang BerCINTA ::


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'SI DIA';

2. Bercintalah kau dengannya dengan SEKADARNYA. Kelak mungkin 'si dia' BUKAN JODOH untukmu;

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, TAHANlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia';

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan TIDAK MELANGGAR syariat-NYA;

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya PALSU, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan;

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu;

7. Membina keserasian sebelum berkahwin BUKANlah dengan cara ber'DATING', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu, itu sudah berpatutan;

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-NYA;

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan; dan

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain..

Sunday, January 29, 2012

:: Hidup Berteman.. Perlu KE..? ::

STORY 1 : Hidup berteman..??? Perlu ke..???

Orang cakap hidup kene berteman.. No wonder lah kengkawan aku ramai nau cari 'pasangan'.. Bek laki bek pompuan.. Same je.. Aku gak yang single mingle.. Yelah sangat kan.. Hehehe.. Eh, betol la.. Tak percaya pulok.. Ye la..memember aku cakap..dah le aku ni harta takde, ghupe jauh skali laa, budi bahasa je yang tinggi menggunung (cewaaaaahhhh..sila percaya ye).. Tapi ade hati lagik nak berlagak diva.. Diva la sangat.. Kahkahkah..

Ok, korang stop senyum @ gelak ye.. Meh aku teruskan.. Bagi aku yang bujang malatop trang tang tang ni (diva ni..siap malatop2 bagai..) celah mane nak carik teman? So, bagi yang masih kekal bujang (teruna tak teruna jangan tanye ehh...sensitip) macam aku nih, aku rase yang paling rapat untuk dianggap teman adalah S.A.H.A.B.A.T.. Bagi yang ade sahabat ni..macam aku ni..syukur alhamdulillah.. Sebab orang kata (lagik2 orang kate..aku kate takde orang nak quote ke?), sahabat ni ade waktu senang DAN susah.. Tak tahulah selagi tak kene uji lagik..ye tak? Tapi ade jugak aku merase, aku je kot yang anggap dia sahabat tapi dia agaknya tak anggap benda yang same kot.. Kang kalau cakap kang, kowang kate aku mengungkit.. Ni trus ingat lagu Siti Nordiana ni, ape tuh tajuk dia, bukan mengungkit tapi membangkit ehh??? Nanti kowang google eh.. Layan gak lagu tuh..



Btw, aku nak share benda ni je sebenarnye.. Yang atas tadi yang panjang2 tuh intro lah kot.. Hihihi.. Kowang pernah rase tak, pada suatu waktu & ketika yang kowang rase kowang perlukan sahabat untuk mendengar.. Maksudnya kowang cerite, dia dengarlah.. Bukan nak suruh sahabat kite tuh selesaikan masalah yang kita cerite tuh pun, kan..sekadar untuk jadi teman untuk mendengar je, tak lebih dari tuh.. Tapi sikit sebanyak bagilah respond.. At least tau jugak sahabat tuh tengah mendengar.. Kalau tak berdengok, tak berdengik, aku rase baik aku cakap dengan angin.. Aku pun tak penat, sakit hati pun tak, macam lagik bagus je.. Dari bercerita..dengan penuh kesungguhan..dengan penuh rakus..tapi sahabat tuh buat tak tau je..ape rase kowang agak2nye lah..? Ke..kowang rileks je..kowang chilled je? Takpelah, kowang nilailah.. Bagi yang dah terkena..skit sebanyak mesti trasa jauh hati..terkilan..ter'sentap' (perghhh..bahasa orang muda skarang tuh)

Kesimpulan dari penceritaan aku hari ni..hargailah sahabat (kalau kowang anggap dia sahabat la..) selagi ade hayat.. Bukan nak jadi ustaz atau ape, tapi skarang ni ajal maut bukan kenal usia (bukan dari dulu lagik ke ajal ni tak kenal usia..??? Aku plak yang duk musykil..hihi..)  So, selagi masih ade kesempatan, selagi masih ade ruang & pluang, hargailah sahabat kita setinggi2 penghargaan (dengan nada yang serius..serius..) Kalau hari ni hari dia, esok luse tulat plak ntah2 hari kite plak (ntahnye..) Kalau hari ni sahabat kite tuh perlukan kite, tak mustahil esok lusa tulat kite pulak perlukan sahabat kite tuh.. Kalau bukan bercerai mati sekalipun, kalau bercerai hidup skalipun, still....aku nasihatkan kowang supaya hargai sahabat kowang.. Zaman skarang ni, kawan senang memang mudah nak carik, sahabat bahagia & sengsara sangatlah susah, kan, kan, kan.. Sebelum yang dikendong berciciran, bek la kowang jaga.. Kalau dah hilang, termangu lah, menyesal tak sudah jadiknye nanti.. Percayalah.. Percayalah.. Percayalah.. Pesanan untuk diri aku sendiri jugak..

p/s : Kalau nak carik sahabat..carik aku..confirm..d vasssszzzz lah.. Kalau kene jerkah tuh, jangan sentap ye.. Ahaksz..

:: Couple Islamik.. Ape tuh..?? ::

jom baca kisah ni..kot2 paham....pendek je cerita nye..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.




Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

>>>SHARED FROM MUHAMMAD HAFIZ.. THANKS A BUNCH..<<<

:: Bila KAWAN Tak Sepenting KEKASIH.. ::

Lumrah alam.. Sebut pasal makhluk bernama manusia, kondisi dalamannya mesti ade..konpem ade laa..tak banyak pun skit..mesti ade rase nak 'berkasih'.. Ade pihak yang mengatakan KEKASIH lagi penting dari KAWAN.. Ade orang pulok cakap KAWAN lagi penting dari KEKASIH.. Ade orang pulok bagitau KAWAN ke, KEKASIH ke, keberadaannya di sisi kite SAMA PENTING..

ANDA DI PIHAK YANG MANE???
Tepuk dada, tanye selera.. Tak payah tiru orang sebelah pun dah boleh dapat jawapan dah kot..

Kalau nak diikutkan rentetan sejarah, KEKASIH dimulai dengan sebuah ikatan sebagai KAWAN/SAHABAT.. Bermula kasih, berpucuk sayang..semuanya kerana KAWAN.. Pendek kate, takde KEKASIH kalau tidak berKAWAN.. Pepatah pulok kate, BERKASIH BIAR SATU, BERKAWAN BIARLAH BERIBU.. Frasa yang ni korang stuju tak? Kaum Adam mesti tak setuju kan sebab Allah bagi KUOTA 4 kot..kan..kan..? Hehehehe.. Haa, kaum HAWA jangan melenting plak, saya sekadar menulis berpaksikan kebenaran dan hakikat alam semesta.. Tak lebey, tak kurang.. Cewahhhh..

So, berbalik kepada perihal KAWAN & KEKASIH nih, saya rase 2-2 pun penting.. Tapi kenelah berlaku adil.. Kalau KAWAN ade, KEKASIH takde pun haru jugakkan.. Ke mane nak dihalakan kasih yang membukit, cinta yang menggunung tuh? (sila jangan pikir ke lain ye..niat saya betol2 ikhlas nih..) Kalau ade KEKASIH, takde KAWAN pun naya jugak.. Diringkaskan, kewujudan KEDUA-DUA frasa nih same pentingnya.. Jangan plak nanti 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' lah pulok ye.. Kes nih bayak berlaku pada pasangan yang 'LUPE DARATAN'.. Nape saya panggil lupe daratan??? Sebab, lepas dapat KEKASIH pojaan hati, habis semua KAWAN dibuang ke tepi.. Sebelah mata pun dah tak pandang dah weyyy.. Adesss.. Apatah lagi kalau nak pandang pakai dua2 belah mata, mati hidup semula lah babe.. Hehehe.. Takkan berlakulah.. Saya berani potong kuku.. Kikiki..

So, di bawah ni, selepas dianalisis, saya list kan beberapa perbezaan antara KAWAN dan KEKASIH.. Renung2kan & selamat termenung.. Heee..

(1)
KAWAN - Ade ke, takde ke..same je kot.. Lambat laun, kalau jumpa lagi, ade lah tuh.. Kalau dah tak jumpa, nak buat camne.. Apekan daya..
KEKASIH - Wes..mane boleh tak jumpe..sehari tak jumpa, tidor tak basah, mandi tak lene tuh.. Huhu.. Mesti sedey2 je moodnye sepanjang ketidakberadaan bersama pasangan.. Adehhh..

(2)
KAWAN - Kalau kawan mesej, lambat-lambat je balasnye.. Kalau tak balas pun takpe.. Bukan bagi effect sangat pun.. Ye tak?
KEKASIH - Weyh, mestilah balas cepat.. Kalau tak, si bucuk kekasih hati merajuk la pulak.. Mesti balas sejurus selepas terima mesej.. Pendek kata, dia balas, aku balas, dia balas, aku balas, sampailah habis kredit.. Baru stop..

(3)
KAWAN - Mesej kat dia simple2 je.. Balas pun nak tak nak je.. Cth. : Ok.. Xde.. Noted.. Tq..
KEKASIH - Mesej wajib lah >1 page.. Kene lebey sebab banyak nih ayat nak karang.. Dan berharap pasangan kekasih pun berbalas2 dengan jumlah kepanjangan yang setara @ lebey..

(4)
KAWAN - Alamak, kredit habis laa pulok.. Alaaa, esok2 lepas aku topup aku balas laa.. Sampai ke sudah, haram nak membalas.. Harapan yang tertinggal harapan.. Hampeh..
KEKASIH - Alamak, tengah2 malam buta ni pulok kredit nak habis, kene cari kedai topup nih.. Sanggup tuh pergi carik berkilometer2 jauhnye semata-mata nak topup.. Walaupun harapan nak ade kedai bukak agak tipis..

(5)
KAWAN - Hmm, apasal la mamat/minah ni nak duk dekat2 plak kat kedai makan ni.. Rimasnye la.. Kan besar lagi meja ni.. Duduk la sorang hujung sini, sorang hujung sane.. Aku pun tak panas.. Kan senang..
KEKASIH - Haaa..berlaga2 lengan camni lah bagus.. Kenelah rapat2 baru 'intim' punnn.. Environment pun sejuk je (walhal meje kecik).. Mane leh duk jauh2, bukan kekasih la namenye.. Camne orang nak identify..

(6)
KAWAN - Eh, ye ke rini besday dia? Tak pernah tau pun.. Hehehe.. Alaa, kene wish ke? Alaa, kene beli hadiah ke? Susahnye la wish @ beri hadiah kan.. Tak payah besar2, sekadar setulus tanda ingatan abadi.. Kalau kek sepotong pun, sampai bile2 pun kekal segar dalam ingatan nih.. Handphone canggih dah, besday kawan pun tak saved..
KEKASIH - Hmm..besday kekasih aku lagi sebulan ni.. Nak bali hape ye? Perghhhh, sebulan lagik dah fikir nak beli hape.. Habis semua kejutan dia bagi.. Kek lain.. Hadiah iringan lain.. Dinner lain..

(7)
KAWAN - Berani jamin la, kurang 30 saat (rata-rata) je korang boleh bercakap melalui telefon dengan kawan korang.. Sebab takde benda nak cakap.. Walhal dolu satu sekolah, satu matrik, satu U, satu kolej, banyak kot benda boleh share..tapi semenjak dah berKEKASIH nih, habis punah smua idea nak cakap..habis dah cter nak share..
KEKASIH - Tak kurang 30 min, called tersebut dianggap tak sah lah wey.. Ape barang called sekejap2.. Nampak sangat berkirenye.. Banyak kot benda nak bagitau ni.. Walhal, pagi dah called, petang dah called, malam pun nak berguyat lagik.. Adehhh laa, rimas...rimas... Macamlah ko sorang je ade awek/balak, orang lain pun ade la weyh.. Yang pelik tuh, ade je benda nak cter tuh.. Tak habis plak idea dia.. Manusia, manusia..

(8)
KAWAN - Apela minah/mamat nih, tak reti2 ke balik sendiri.. Teksi kan banyak.. Kalau takde duit sangat, bas pun ade.. Saje je nak nyusahkan aku.. Baru nak rileks2 nih.. Ape punye member la.. Takde toleransi melihat kesenangan aku je.. Huh.. Aik, kemain hangin sebadan lagik.. Ape kes???
KEKASIH - Kalau kekasih mintak tolong suh ambik kat komuter, tak pun..suh anta g stesen bas, g klinik ke, g bank..wahhhhh kemain laju lagik ye..sejurus lepas dapat mesej, trus melompat bangun g ambik kunci kat rak, start kete/motor, trus zassss...ehhh, hilang dah? Haaaa..begitulah penangannye.. Agak2nya kalau xde makanan, suh g beli kat kedai, then suh anta kat rumah, ade can tak? Baru btol2 true kan.. Hmm..

(9)
KAWAN - Ish...nyusahkan betol la..semua masalah dia nak kene bagitau aku ke? Nak suh aku dengar semua ke pasal dia? Adoiiiiiyai pun... Agak2 la kawan oii.. Masalah aku lagik.. Nih tambah masalah dia lagik.. Mana larat aku nak tadah..
KEKASIH - Hmm..awak ade masalah ke? Alaa, janganlah senyap macam ni, saya risau tau awak.. Saya jauh ni, awak tak baik kan buat saya risau.. Tak kesian kat saya ke? Alaa sayang, cterlah.. Kalau awak ade masalah, awak share lah dengan saya.. Kalau boleh saya tolong, saya tolong.. Kita kan dah janji sehidup semati.. Awakkkk.. Please, please, please.. Awak jangan senyap.. Adehh, pedih gak dengau nye.. Kalau suh pikul batu pun, maun sanggup nih..

(10)
KAWAN - Ko lah kawan aku dunia akhirat babe.. Aku nyesal tak dengar nasihat ko dolu.. Huhu.. Serius nyesal.. Ko je yang sudi dengar masalah aku.. Terima kasih ye.. Terima kasih banyak2..
KEKASIH - Kalau macam ni lah perangai awak, cukuplah..sampai sini je lah..kite clashed.. Wow, sesedap rase je ye.. Senang..ko carik aku..susah..ko buang aku..

(11)
KAWAN - Alaa..penting sangat ke melawat keluarga dia.. Dia bukan sapa2 pun dengan aku.. Tak effect punnn..
KEKASIH - Eh, ni raya nih..rumah cayang kenelah g.. Alaaaa, tak kisah lah walau jauh pun, janji ayang pergi rumah cayang.. Boleh kenal family cayang.. Tak pergi camne nak kenal.. Tak pun, camni..eh, sedara sebelah makcik dia masuk sepital la.. Camne ek? Tak pelah, petang lepas keje aku kene gak pergi.. Barulah caring namenye.. Hmm, alahai..

(12)
KAWAN - Laaa, ko tak sihat ke..
KEKASIH - Eh, awak nape batuk tuh? Awak tak sihat eh? Dah pergi klinik? Dah makan ubat? Jomlah saya bawakkan pergi klinik, nanti melarat sakit awak tuh, saya jugak nanti yang susah hati.. Awak kemas, lagi 5 min saya datang ambik kat rumah..

(13)
KAWAN - Apelah ko masak nih.. Ko reti masak ke tak reti masak nih? Buang je lah.. Sob sob sob.. Sampai hati.. Kan, kan? Hargailah perasaan dia jugak.. Kesian..
KEKASIH - Sedapnye lah masakan awak.. Saya dari tadi tak berhenti makan.. Mane boleh simpan2 esok, nanti semut makan.. Membazir je.. So far, semua yang awak masak adalah sedap.. Tersangat sedap actually.. Lain kali, kalau masak ape2, hantarlah lagik ye..

(14)
KAWAN - Alamak, aku kene bawak orang lain la..baru boleh hantar dia pergi airport.. Bukan muhrim, kan ke haram hukumnya.. Dan dan tuh..
KEKASIH - Tak pe ke kita berdua je nih? Eh, xpela.. Ok je.. Bukan buat ape pun kan.. (Geleng kepala lagik..)

Senarai nih saya tulis berdasarkan pendapat & suara ramai pihak.. Apepun, saya rase KAWAN itu penting.. Hidup kite adalah sebuah kehidupan berKOMUNITI.. Bukan kita denga awek/balak kite je yang hidup kat atas muka bumi ni.. Hari2 bahagia macam sekarang ni, boleh lah tak bergantung pada orang lain.. Kalau nanti bile dah susah, jangan plak tempelkan muka kat kengkawan yang dolu tak dianggap kawan tuh.. Hargai semua benda yang ada depan mata kite sebelum terlambat.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tak berguna..

Bagi yang ade terasa hati, nota ini tidak diniatkan untuk ditujukan kepada sesiapa jua punnn.. Sekira ade jugak yang terasa, saya mohon maaf sangat2.. Entry ini sebenarnya entry bersifat umum.. Masing-masing punya cara dan pendirian yang berbeza.. Saya sekadar untuk berkongsi..

Dengan itu, saya undur diri.. Salam..

:: Aku & B.L.O.G.. ::

Salam buka minda..
Salam luas bicara..
Salam perkenalan..


Menginjak aku berserta jari-jari runcing menekan lajuuu papan kekunci 'hak milik kerajaan' dalam usaha untuk bermesra-mesraan dengan bait-bait kata dan bahasa puitis dari idea & perkongsian yang aku rasa 'patut', ditambah dengan usia yang semakin meningkat & pengalaman yang semakin 'sahabat'.. Bukan untuk diri aku sendiri tapi untuk seantero dunia.. Wahhh.. Gituw ye..


Lantas kesempatan nafas-nafas bersisa yang entahkan esok, entahkan lusa akan ditamatkan ini, aku rasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi.. Macam orang2 slalu kata, 'sharing is caring', kan.. Beberapa bulan kebelakangan nih, banyak benda yang aku baca melalui blog-blog yang entah mane entah aku cungkil, alih-alih jadik minat plaksz..


So, sebagai pembukaan kepada entri-entri aku yang akan datang, aku cuma mampu bagi intro macam pembuka kata tuh je.. Buat kawan-kawan yang membaca blog sederhana saya nih, "love uols".. 


#Curlasz