Thursday, September 6, 2012

:: Teman Pengganti ='( ::

Salam ukhuwwah & salam sejahtera buat pembaca setia blog tipis aku yang makin kekurangan update(s) tatkala diri dihambat dengan kesibukan duniawi demi mencari sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup di kota haru biru ini.. Puas aku cari masa & tika yang sesuai untuk mengemaskini entri yang sedia ada, tapi masih belum aku jumpa kesempatan yang bersisa..

Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H buat smua umat Islam di seantero dunia yang meraikan hari penuh makna selepas melaksanakan ibadah puasa selama sepurnama lamanya.. Selaku hamba Allah yang hina dina yang tidak lari dari perlakuan dosa dan pahala, 10 jari disusan sebagai tanda ampun dan maaf di atas keterlanjuran yang tidak diduga atau disengajakan.. Semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan akan datang & kalau pun tiada kesempatan itu, harapnya Ramadhan lepas adalah Ramadhan terbaek yang pernah anda-anda-anda (termasuk saya) lalui.. =')

Entri kali ini, aku terpanggil untuk berkongsi lagu baru antara Black & Malique ; Teman Pengganti.. Pertama kali aku dengar melalui corong radio, aku tak langsung tertarek dengan susunan muzik lagu nih, tapi lepas aku amat-amati lirik lagu ini, sungguh-sungguh aku jatuh cinta.. Lirik indahnya sangat puitis & mampu menyentuh hati anda-anda-anda yang mendengar dengan mata hati.. Mungkin di laen entri, aku cuba kupaskan sedikit sebanyak berkenaan lagu nih..
So, kat bawah nih aku sediakan linked untuk lagu nih buat tatapan sahabat handai rakan taulan sekalian.. Bawa mata hati anda ketika mendengar, yer..


TEMAN PENGGANTI - BLACK FEAT. MALIQUE

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


P/s : Buat yang punya ikatan hati antara aku & dia, sekurang-kurangnya ingatlah lagu nih andai diri dijemput Illahi di awal @ di akhir usia.. Semoga ada kenangan terindah yang boleh dikenang bila lagu ini yang tertinggal cuma.. Apepun, life goes on..