Sunday, May 12, 2013

:: Isnin Datang Lagik! ::


I.S.N.I.N. -> Isnin datang lagi! Ramai yang merungut.. Ramai yang bersungut.. Harap janganlah plak ada yang kluar sesungut ye.. Dah kisah lain plak nanti jadinye.. Saya tak nak bertanggung apatah nak berjawab bila bersoal.. BTW, tatkala Sabtu & Ahad melabuhkan tirainya, ramai kat luar sana (kat depan nih pun same je…) yang tak brapa nak puas hati.. Kohnonnya cuti hujung minggu lepas tak cukuplah..itu laaa..ini laaa..bla bla blaaaa..


Kalau orang putih panggil -> M.ON.D.A.Y.  B.L.U.E.S <- Apepun saya tetap mencuba untuk mencergaskan diri di kala ramai yang demam dengan virus yang satu nih! Sebab ape? Sebab saya ada banyak sebab untuk bergembira pada setiap hari & Isnin pun tak terkecuali.. Actually, bukan saya je yang ada banyak sebab tuh, awak-awak skalian pun ada banyak sebab jugak tau.. Mungkin sedar-tak berapa sedar je lah kot..

Whatever it is, saya bersyukur sebab pertama skali, Allah SWT berikan lagi saya minggu yang baru untuk meneruskan kelangsungan hidup di kala setiap saat ramai yang Dia jemput untuk bertemu Dia Yang Maha Esa.. Kelangsungan hidup yang penuh dengan onak & duri, bahagia & derita, tangis & gembira, gagal & berjaya.. Kalaulah diberi pluang untuk trus hidup, utama skali yang di ‘alam sana’ bergegas untuk dihidupkan kembali bagi melaksanakan apa yang tak sempat zaman hidupnya.. Untuk berbuat baik & menjauhi sgala buruk..

Tapi, apakan daya..mati itu pasti & janjinya itu juga pasti.. Tiada putaran smula untuk stiap detik masa yang berlalu.. Kalau ajaib itu berlaku, pasti pendosa itu tiada.. Dan yang tinggal hanyalah mereka yang betul2 tawadduk pada perintah & suruhanNya.. 


So, untuk edisi Monday Blues arini..renung-renungkan apa yang saya cuba sampaikan.. Saya pun bukan yang terbaik untuk berkata yang baik-baik.. Bukan sempurna seolah-oleh tiada dosa.. Tapi saling mengingati sesame sahabat itu tak salah kan.. Jadikan stiap hari yang berlalu seolah-olah hari yang terakhir untuk kita.. Kadang kita merancang untuk terbang 2 bulan dari sekarang.. Tapi Dia menjemput 2 jam selepas itu.. Sebab kuasa mengambil itu hak mutlak Sang Pencipta..

#Wallahua’lam #Allahuakbar

p/s : Peringatan untuk diri saya sendiri supaya memanfaatkan stiap detik sisa masa yang tinggal.


Monday, May 6, 2013

:: Keputusan PRU13 @ GE13 : My 2 Cents ::

 
Salam tengah hari, Isnin, 06.05.2013..a day after GE13 ;)

Pertama skali, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia & rahmatNya kita masih diberi pluang bernafas untuk meneruskan legasi kehidupan y entah bila berpenghujung nih.. Rata-rata masih dengan analisis peribadi terhadap keputusan GE13 yang baru diumumkan lewat pagi arini..

Walau apa pun keputusan yang diumumkan, bagaimana cara keputusan tersebut dizahirkan, taktik bagaimana y digunakan (kalau ada), pasti ada y menang & y kalah.. Y kalah bermuram durja, y menang sorak melambung..fenomena biasa bertanding.. Bagi y kalah, jangan pernah putus asa..lipatgandakan usaha untuk GE14 plak.. Nasihat y sama jugak untuk y kalah tipis.. Smuanya memberi impak pengalaman y berbeza dalam diri..

Bagi yang menang dengan majoriti besar..mahupun y menang sipi2..alhamdulillah usaha anda berjaya & rakyat memilih anda.. Pengumuman berkumandang & anda sebenarnya telah secara rasmi menggalas tugas, amanah serta tanggungjawab besar dalam memastikan anak buah y diletakkan di bawah ruang lingkup tanggungjawab anda adalah anak buah terpimpin dari segala aspek..

Dari sudut pandangan peribadi saya, kepimpinan y dihormati sebenarnya bermula dari rumah - lihat saja kepada orang terdekat anda..keluarga anda.. Mana y betul, alhamdulillah dan hendaklah diteruskan (dan jangan pernah mendabik diri) tapi mana2 y tak berapa nak betul, wajiblah dibetulkan dulu barulah tak menjadi seperti ibu ketam y mengajar anaknya berjalan lurus.. Kepimpinan melalui teladan insyaAllah merupakan kepimpinan cara terbaik y dianjurkan..

Apapun, kita hidup hendaklah rukun damai..saling menghormati sesama kaum.. Apa y berlaku biarkan berlalu kerana masa sememangnya tidak boleh diputar kembali macam mesin masa Doraemon.. Y lepas dijadikan tauladan untuk sempadan akan datang..

Bagi y menabur manifesto pelbagai rencah & rasa, nahhh skaranglah masanya untuk anda melaksanakan segala y dikota.. Manusia berpegang pada janji & buktikan kemampuan anda bukan berakhir dengan kata-kata.. Turunlah padang slalu menjengah anak buah dalam usaha bersama-sama menjiwai jiwa rakyat marhaen.. Y gagah menggantung bendera, sepanduk, poster sgala bagai, turunkanlah smula supaya Malaysia kekal cantik dan aman..tak kisahlah anda menang, menang tipis, kalah ataupun kalah tipis..

#Wallahua'lam