Perghhh, bebaru nih saya telah menjinak-jinakkan
diri dalam arena masakan ala-ala Western.. Nih smua angkara Hello Bro…Tolong Masak! Stiap ari
bebulan pose nih kalau saya ade kesempatan balik awal, saya akan pastikan
Channel 104 AstroRia ditonton tepat jam 6.00 petang.. Keletah chef-chef lelaki
muda nih memang meninggalkan kesan mendalam.. Macam yang saya pernah bilang
dalam entri saya sebelom nih, lelaki yang pandai masak tuh adalah lelaki yang A.W.E.S.O.M.E. =)
So, arini seperti yang telah saya janjikan sebelom
nih, saya akan kongsikan resepi untuk menu Western pertama saya iaitu ‘Aglio
Olio N.A.S.Z.’..
Bahan-Bahan
(Hidangan untuk 2-3 orang) :
1.
1 bungkus
pasta (lembutkan pasta bersama-sama sedikit minyak supaya pasta tidak melekat
selepas sejuk)
2.
6-7 sudu extra
virgin oil (EVO)
3.
4-5 ulas
bawang putih (dicincang halus)
4.
6-7 batang
cili padi (dipotong)
5.
1 biji capcisum
(ikut suke le nak warna ape; merah ke, kuning ke, hijau ke)
6.
1 sudu teh
serbuk daun oregano
7.
Sedikit daun
pasli (dicincang halus)
8.
Sedikit garam
(skit je ye..jangan lelebey..nanti darah tinggi)
9.
Sedikit
monosodium glutamate (MSG)
10.
8-12 ekor
udang (dibuang kepala dan badannya)
11.
Sedikit air
12.
6-9 biji baby
tomato
Cara-Cara
Memasak :
1.
Panaskan extra
virgin oil
2.
Goreng udang
menggunakan api sederhana sehingga elok masak
3.
Masukkan &
tumis bawang putih (+) cili padi sehingga naik bau
4.
Masukkan
oregano, garam & MSG & sedikit air sehingga mendidih
5.
Masukkan pasta
yang telah dilembutkan (+) daun pasli & kacau sehingga rata
6.
Siap untuk
dihidang bersama-sama dengan baby tomato tadi
So, inilah hasilnya masakan homemade Western saya.. Gambar atas tuh gambar asli tau.. Bukan copy & paste ye kengkawan.. BTW, kalau nak kata same dengan Aglio Olio kat Pizza San Fransisco @ Mines tuh, ghase-ghasenye memang lebey kurang
lah.. Ke kurang je yang lebey? Tak kesah lah.. #Adeih! #Pitam! Pepun, masakan nih boleh saya kategorikan sebagai simple
& mudah.. Sekejap je boleh siap & sesuai untuk mereka yang bujang macam
saya nih haaa.. =))
Pepun, selamat mencubalah ye! Lepas dah siap,
sharelah gambar.. #WinkWink!