Wednesday, June 27, 2012

:: Alahai! Murid.. Murid.. =) ::


Masa yang semakin mencemburui setiap langkak kaki aku yang berlalu pergi mencapekkan aku.. Dek kerana itu, perbatasan (bukan batas tanam sayur ye..) harus aku ambil dan memilih batas perkara yang penting untuk didahulukan dan mengemudiankan apa yang patut aku kemudiankan.. Nah! Inilah hidup hamba Allah di stiap atas muka bumiNya ini..

Panjang mukaddimah aku arini.. Kekekeke.. Apepun, aku dah lame dah mengapdet (updates lah uolsz!) catatan diari tak formal aku nih dan aku rase aku patut tulis sesuatu supaya anda-anda-anda smua yang jauh dan dekat tak bohsan dengan isi kandungan blog aku yang maha merepek lagi meraban nih.. Tapi masalahnye, ghamai ke yang baca blog aku nih!?! #Musykil #Pitam =) Tapi takpelah sebab aku menulis pun bukan sebab sape-sape.. Hanya disebabkan aku rase beban idea perkongsian pintar dalam kepala aku nih dapat aku coret dan kongsikan dengan anda-anda-anda smua kat luar sane.. Konsep ‘Sharing Is Caring’ pon khannn..

Apepun, kisah lucu nih aku bawakkan sekadar suke-suki je.. Kalau korunk ghase korunk tengah mood terbang melayang kebaboo skarang, hahhh betollah pemilihan blog yang anda-anda-anda smua tengah baca skarang.. Aip! Jangan lari, jangan lari!=) #MotepSangat!

Alkisahnye..

Hujung minggu itu..di suatu pagi yang agak tenang.. Tenang dari hiruk pikuk kota debu metropolitan itu, aku terpaksa menggagahkan diri bangun dan bersiap untuk ke kelas tambahan ‘swasta’ di suatu kawasan perumahan.. Suasana tenang mungkin disebabkan pagi itu agak awal dan aktiviti manusia-manusia bandar ini belum banyak yang bermula.. Hujung-hujung minggu begini, ramai yang lebih gemar untuk bermanja-manjaan di atas katil mengulit mimpi indah kalau pun ade.. Tapi aku? Aku perlu mencari rezeki tambahan! Aku kena bangun! Aku kene cargas! Wake-up bro! Warm-up your machine..!

30 minit kemudian..

Kebiasaan, aku mulakan tugas dengan bismillah.. Smoga smua yang direncanakan berjalan dengan lancar.. Amiin.. =) Tapi, betollah bagai di kata, tugas guru bukan senang.. Walau ‘guru’ tuh bukan tugas hakiki aku, aku terkadang trasa jugak kehangatannya.. Berdepan dengan pelbagai situasi yang betol-betol di luar jangkaan dan jangkauan.. Apatah lagi dengan murid zaman moden nih.. Pemikiran murid moden ini terlalu luas dan bagaikan tak boleh dibatas-bataskan lagi.. Masa berlalu pergi, telah 2 jam aku di situ.. Memberi faham yang aku harap betol-betol mereka boleh ingat dan hadam.. Dan skarang aku masuk topik pecahan.. Kerja aku jadi lebih mudah sebab topik nih dah pun diajarkan di sekolah.. =) So, aku cuma menguatkan mana-mana bahagian yang kurang difahami sebelum bergerak ke aktiviti latihan..

Sampailah aku ke aktiviti latihan dan konversasi di bawah betol-betol membuatkan aku tahan gelak pagi tuh..
 
Aku
:
Okay, skarang buat latihan nih.. 1st skali kena baca dan fahamkan soalan.. Cuba baca btol-btol.. Bulatkan pecahan yang mewakili nilai terbesar..
Murid
:
Okay..faham bang..





..selepas beberapa minit..



Aku
:
Aik, kenapa kamu bulatkan smua jawapan yang salah? (musykil)
Murid
:
Betollah, bang (yakin nih!)
Aku
:
Salah.. Cuba baca soalan semula betol-betol.. Kan soalan nak kamu bulatkan pecahan yang terbesar antara 2 pecahan yang diberi.. Pecahan tuh macam bahagi la.. Contoh macam 1/4.. 1/4 tuh maksudnya 1 bahagian daripada 4 bahagian.. 1 bahagian kita bahagikan kepada 4.. Faham tak?
Murid
:
Hmm..tak faham jugak..
Aku
:
Alamak..camne nak terangkan eh? Okay, abang bagi contoh nih ye.. Anggap kertas kat tangan abang nih kek lah ye.. Okay, abang ade 2 biji kek.. Kek yang pertama nih abang potong 4.. Kek yang kedua nih abang potong 8.. Okay, antara 2 kek kat atas meja nih (sambil susun kertas yang aku dah koyakkan nih..), kalau abang bagi kamu, kamu nak pilih potongan kek yang mane 1?
Murid
:
Yang nih! (dia tunjukkan yang aku dah koyakkan kepada 1/8 tuh..) (sambil senyum..)
Aku
:
Erkkkk! Aik, nape kek yang nih? Cuba kamu tengok betol-betol, kek mane yang lagi besar? (musykil jap..) Nape pilih kek yang nih? Cuba terangkan..
Murid
:
Yerlah bang, kalau saya pilih kek yang nih (kek yang 1/4 tuh..) kan ke besar kek nih.. Kalau makan banyak-banyak kek yang nih nanti sakitlah perut..
Aku
:
Erk?!?

Memang tak boleh blah lah jawapan tuh.. Tahan gelak je lah aku dibuatnye pepagi nih.. =) Alahai, murid..murid..

Sunday, June 17, 2012

:: A.Y.A.H..Hanya Memori ::


17 Jun 2012, Ahad..Hari Bapa datang lagi.. Untuk tahun ke-2 nya Hari Bapa aku lalui tanpa ayah terchenta di sisi.. Bukan sahaja untuk hari ini malah juga untuk hari-hari akan datang bahkan buat selama-lamanya aku yatim tidak berayah.. Bagi mereka yang masih mempunyai ayah, alangkah indah dan bagusnya.. Tapi bagi aku, hanya kenangan-kenangan lalu yang mampu menggamit rasa hati untuk terus mendendangkan melodi melankolik itu yang aku benar-benar pasti tak akan luput ditelan zaman..

Hari ini, lewat tengah hari aku sampai ke rumah ibunda terchenta selepas selesai mencari rezeki tambahan mengajar tusyen di Bangi.. Terima kasihlah sebab rezeki aku dimurahkan lagi dengan bekalan tomyam panas.. :) Highway PLUS menuju ke Selatan tanah air hari ini bebas dari kesesakan di tempat-tempat kebiasaan.. Pemanduan aku juga lancar sekitar 100-120 km/j ditemani atmosfera yang berjerebu ala-ala sejuk macam di Genting Highland.. Kebakaran hutan beribu batu di Sumatera betul-betul membataskan ativiti ramai orang sekitar Kuala Lumpur-Selangor-Negeri Sembilan.. Tapi alhamdulillah, hujan rahmat pagi tadi sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban atmosfera hari ini..

Berseorangan, hanya ditemani Nescafe iced yang aku beli sebelum bergerak masuk highway sekejap tadi dan radio Melayu, hati aku berbolak-balik dengan butir bicara deejay dan pemanggil yang tak sudah-sudah dengan ucapan Selamat Hari Bapa.. Terhiba dengan setiap satu ucapan tersebut, aku lantas melarikan jari-jari aku mengubah corong radio kepada mode CD.. Mungkin ini boleh membantu jiwa lelaki aku kala ini.. Jauh di sudut hati, aku sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah di alam sana.. Semoga arwah ayahku ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman & beramal soleh.. InsyaAllah.. Amiin..

Bagi anda-anda-anda semua di luar sana, yang masih ber'ayah' tika dan saat ini, ambil kesempatan yang masih bersisa ini untuk terus berbakti dan meluangkan masa yang tiada harga itu sementara ada hayat dikandung badan.. Kalaupun nanti tiada, tidak meninggalkan kesan ralat di hati.. Bagi yang ada selisih faham, buang yang keruh ambil yang jernih.. Tanpa mereka yang bernama ayah, siapalah kita di sini pada hari ini untuk mendabik dada menongkat langit.. Bagi yang yatim ayah macam aku, kini tiada lagi panggilan 'ayah' meniti di bibir.. Hanya kenangan lalu masih kekal terpahat dalam memori.. Hargailah mereka sementara masih ada.. Masa tak akan menunggu kita.. Ukirlah memori sementara pisau itu masih tajam.. Kelak tidak berguna lagi.. :(

Tuesday, June 12, 2012

:: Aku Patahkan R.O.K.O.K. Kau! ::


Coretan catatan kisah hidup aku arini aku teruskan lagi dengan topik mereka dan R.O.K.O.K.. Storynya ringkas, padat dan mudah paham.. Kompem punyelah.. Al-kisahnya kisah ini bukanlah diriwayatkan dari kisah dahulu kala yang patut dibukukan untuk tatapan umum.. Tapi aku masih jugak rasa terpanggil untuk berkongsi rasa dengan pembaca budiman smua..

Semalam, aku pulang agak lewat sebab baru balik buat survey lah kata khannn.. Suyvey study kah? Hakhakhak.. No kumen.. Apepun, sebab balik pon dah agak lewat, tak memungkinkan aku untuk masak walau seringkas masakan skalipun.. Ditambah pulak keadaan ‘dapur’ yang masih belom ‘siap’.. So, sepakatnya kami pergi beli burger special pakcik Padang tuh je le.. Ok! No hal!

Seperti biasa, lepas aku order berdedai-dedai ler orang datang membeli.. Rezeki pakcik Padang nih lah kot.. Keee..sebab aku yang datang? Hahaha… Dah mule perasan dah wey.. Apepun, tak sampai 5 minit aku duduk kat atas krusi platik merah tuh, sampai 1 pasang kapel nih mengorder burger lah jugak khannn.. Tapi, aku tak berapa berkenan sebab kat hujung jari mamat tuh, ade sebatang rokok yang masih hidup.. Dan mamat nih plak berada agak dekat jugak lah dengan tempat pakcik Padang nih masak daging burger tuh.. Entah-entah tuh burger aku yang pakcik Padang tuh tengah masak..

Dengan asap rokok nye dah 1 hal.. Dengan habuk nye pun 1 hal lagi.. Kalau terbang menjauh, tak ape lah jugak.. Kalau terbang mendekat & kemudiannye lekat, best ke masalahnya? Isunya ringkas je.. Tapi bagi aku, aku rasa mamat nih memang terang-terang (walaupun terang jugak ler tempat tuh derrr) menidakkan hak orang laen.. Kalau betol sebab nak nampak manly sangat, takkan ler sebab tak merokok 5-10 minit waktu membeli tuh hilang kelelalakiannyer ponnn.. Alangkah bagusnya kalau awal-awal lagi dia dah matikan rokok dia tuh, kalau sayanggg sangat nak buang khannn, then baru g order.. Ko nak duduk sebelah pakcik Padang tuh pun takpe.. Orang pun tak mengata hincik mamat oiii.. Ini dengan rokoknya yang masih hidup.. Adoiyai! Benda-benda macam nih takde dalam subjek kat sekolah hatta kat universiti sekalipun mamat.. Benda boleh fikir sendiri kan, takkan smua nak berajar kot.. Masak ler camtuh derrr..

Kalaupun anda bukan seorang yang pembersih, sekurang-kurangnya bile di tempat awam &/@ terbuka, silalah jaga tertib tuh.. Janganlah jadi bahan bualan orang plak ye.. Ingat tuh kengkawan..

p/s : Bertambah hangen sebab hincik mamat tuh parking motor dia macam kat tengah jalan.. #Motep!

:: KONGSI : Tragedi di LPT ::


Lebih kurang pukul 6 petang 6 Mei 2012, aku masuk hiway PLUS dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180 km/j dan tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn kereta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow Inspira tu dan meter dah jadi 200 km/j. Wow! Hati kering betol driver Inspira tuh! Kereta piawai, absober piawai, rim dan tayar pun piawai kilang der.

Memandangkan speed dah 200 km/j, then aku decide untuk follow je…dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. BTW, aku enjoy pasal Inspira tu. Rajin betol pemandu Inspira tuh hi-beam halau kereta ke tepi. So, aku kat belakang dia just follow je la. Ape lagi kan. Time corner kat jalan tak rata nih, aku nampak body Inspira tu dah nampak goyang dah tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik dalam hati nak pintas dia smula tapi memandangkan aku plan nak crusing jem, so aku maintain je la speed 200 km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lancer 2.0 stay kat lane paling kanan dalam kelajuan >< 140 km/j. Lancer tu taknak ke tepi tapi terus tekan minyak dan Inspira tu plak terus cucuk. Hmmm…kereta yang sama cuma pengilang yang berlainan. Proton Inspira -vs- Mitsubishi Lancer aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200 km/j. Kalau ikut darah pahlawan time-time camni memang sedap nak potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik. Lagipun lately tak tau ler nape…aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw punye! Hmmm mungkin ada hikmah tu. So, aku ikut je lah dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka berdua, ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yang bawak pada kelajuan biasa kat lane paling kiri. Inpira masih mencucuk Lancer dengan rapat dan aku semakin menjarakkan pemanduan  demi keselamatan. Tetiba, aku nampak Inspira, Lancer, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Tak dan dengan tuh, terus aku nampak Lancer tuh melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke Terengganu.

Semasa Lancer tu kat udara, ternampak sebuah kereta di laluan sebelah betol-betol berada di bawah Lancer tu. Nasib kereta tuh memang baik tapi bila Lancer tu dah terempas ke laluan sebelah pulak ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan Lancer tu lalu terbabas dan langgar pagar hiway. Kereta Inspira yang satu tuh aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berhenti, aku perasan penumpang Lancer yang duduk di depan dah kaku. Sebaik je aku berhenti, aku terus berlari ke Lancer tuh untuk membantu. Aku antara orang yang terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang mamat nih yang dah berlari lebih awal dari aku…bagitau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah Ya Rabbi!!! Menggigil kepala lutut aku masa tuh hanya Allah je yang tau. Dan rasa sebak pulak silih berganti macam nak nangis bile nampak baby yang aku rasa baru beberapa bulan tuh dah tercampak keluar dari Lancer tadi dan sekarang tengah ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat mamat tuh suruh angkat je baby yang tengah menangis tuh. Sebab situasi pun kelam kabut, mamat tuh pun macam kaget (+) panik kot…tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tuh dulu. Syukur jugak sebab kereta di laluan tuh semua terus berhenti. Aku terus pergi kat kereta Lancer tuh dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan ialah seorang perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan airbag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk ke depan dan aku yakin tengkok dia patah sebab boleh nampak tulang tengkok dia macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa. Aku periksa pemandu pulak, seorang lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tuh pun aku tengok dah terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher dia. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yang ada kat situ supaya jangan sentuh mangsa yang dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis datang dulu. Pastu ada mamat nih ambil peranan terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan Lancer tu untuk bukak jalan kepada kenderaan lain. Aku ternampak beberapa dokumen peribadi mangsa berterabur atas jalan. Terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena tar jalan. Nampak isi warna putih pada dahi baby tuh dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yang tercampak keluar termasuk beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada seorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tuh. Aku keluarkan tuala dari beg baby tuh untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg. Aku selongkar beg mangsa untuk periksa dokumen yang mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya dokumen peribadi mangsa je dan takde no. telefon ahli keluarga mangsa.

Dalam masa >< 20 minit selepas kejadian tuh, tetiba ada pakcik tuh ambil HP mangsa dan terus hubungi ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya, mangsa rupa-rupanya konvoi dengan keluarga yang lain dan ahli keluarga mangsa pun hampir sampai ke tempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tuh dulu untuk hantar ke hospital. Aku rasa macam nak ambil gambar mangsa tapi tak sampai hati pulak. So, aku cuma ambil gambar kereta mangsa je dari depan. Pastu dalam beberapa minit kemudian polis, bomba, ambulans pun sampai. Aku kat tempat kejadian ada lah >< dalam sejam dan berulang-ulang kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yang datang ambik baby tuh tentang apa yang jadi.

Aku kemudian tinggalkan tempat tuh dengan kaki yang menggigil. Live depan mata accident @ 200 km/j. Dalam masa beberapa saat je, 2 nyawa melayang. Baby pulak terpelanting keluar dari kereta. Baby yang tak tau apa-apa tuh kehilangan ibu bapa dia buat selama-lamanya. Aku teruskan perjalanan ke KL dengan kelajuan yang tak sampai 160 km/j. Isteri aku kat sebelah nampak macam trauma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak ape pun, dan radio pun aku tak pasang. Sampai Plaza Tol Gombak baru aku pasang radio dan cuba bercakap dengan wife aku untuk tenangkan dia. Lancer crash at 200 km/j. Dari laluan Kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). Minyak enjin (+) coolen mengalir keluar. =(

Tengs a bunch to gerbang informasi http://www.informasi.my for the news..