Sunday, April 22, 2012

:: Abis 1, 1 Lagi Datang! Adehh! ::

Sudah agak lame jari-jemariku yang kohnonnye runcing nih tak aku paksa untuk berlari-lari anak merentas kiri dan kanan, atas dan bawah pada muka papan kekunci harta kerajaan nih.. Bukan maksud aku dah lame tak buat keje ye uolsz.. Sila jangan double-understanding plak.. #KeratHidungTuh! Tinggal lagi, masa yang agak terbatas membataskan hubungan aku dengan blog ni seterusnya dengan anda-anda-anda sekalian..

Dilanda ke’busy’an yang agak melampau minggu lepas, langsung aku tiadakan masa untuk diri aku sendiri.. Bukan rela, tapi dalam paksa aku relakan jugak ler ye.. Walaupun, ikut perancangan dan congakan aku, patutnya minggu lepas adalah minggu yang sedikit santai.. Al-maklumlah, minggu lepas adalah minggu terakhir pelajar-pelajar Politeknik Shah Alam datang buat amali kat laboratori aku.. Selama 8 minggu stiap ari Isnin aku adalah tersangat busy.. Jarang dapat makan tengah hari.. Seb baek aku ade simpan biskut-biskut dalam almari.. Tuh pun, makin ari main mendikit aku tengok.. Adehhh.. Nih smua kengkawan yang ghajin mengepau.. #APTB! #SeriusIkhlas

Untuk seluruh pelajar Politeknik Shah Alam yang terlibat dalam menghabiskan amali kat sini, tahniah dan syabas! Akhirnya, habis jugak amali nih yer.. Pepun, kami di sini mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ pada anda-anda-anda smua.. Gunakan sgala ilmu yang anda smua dapat sebaek yang mungkin.. Tingkat dan gandakan usaha kalau betol-betol nak berjaya.. ‘Dia tak akan mengubah naseb sesuatu kaum melainkan kaum itu yang berusaha untuk berubah’ Okay??? Tak okay pun kene okay kan jugaklah yer.. Kesian mak ayah hantar belajar jejauh.. So, kene sentiasa bersedia untuk jadi yang terbaek.. Ingat tuh yer! =) #Chill!

Bagi ‘BIG EVENT’ yang dah pon lepas 19-Apr-12 (Khamis) lalu.. Serius, sungguh aku capek dengan event tuh.. Pemakluman awal pagi Isnin lepas untuk big event Khamis nyer memang mengejutkan banyak pihak lagik-lagik aku sebab aku yang kene lead untuk benda alah nih secara tak langsungnyer.. Huhu.. Jemputan luar, jemputan dalam, konformasi jemputan, tempahan dewan, susun atur dalam dewan, teks MC, persediaan slaid pembentangan, cenderamata, papan tanda arah, pengiring, pengosongan parkir kenderaan, peta ke dewan, persedian pameran, bahan untuk pameran, tempahan makanan & khemah, persediaan lab untuk lawatan..adehhh tak tersenarai dah aku ghase.. Apepun, smua tuh tak mungkin berjaya aku interpretasikan ke dalam suatu bentuk persembahan yang bagi aku berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan kritikal dengan usahasama dan bantuan ikhlas kawan-kawan sepejabat.. Tak tercapai dek akal aku kalau smua perancangan tuh terpaksa aku buat sorang-sorang.. Adehhh.. Sesungguhnya jasa anda smua dalam membanting tulang, menggembeling tenaga, stay-up sampai pukul 8.00 malam a day before event, amat-amaaaaaaatlah saya hargai.. Tanpa anda-anda-anda smua yang memang super-superb, kompem aku pun tak tau dah nak buat camne lagik.. Huhu..
 
Pepun, sangat-sangat bangga dengan warga INTROP sekalian.. Ramai betol yang ringan tulang membantu.. Yang mencarik kerja called aku pun ade jugak uolsz.. Terima kasih banyak-banyak.. Komitmen anda sukar untuk PTJ laen cabar.. Percayalah! Bagi aku INTROP slalu okay je bab-bab organize event even the last minutes event.. Smoga komitmen ini berterusan pada masa-masa akan datang dan bertambah mantap hendaknye. Amiin.. =))

p/s : I love uolsz! =)

Tuesday, April 17, 2012

:: Aku Suka Yang Independent! ::


Pagi ini, nyawa aku Dia perpanjangkan lagi.. Roh ditiupkan kembali ke dalam jasad  mati kejap aku..seterusnya Dia memberikan pinjaman satu hari lagi tambahan hari untuk aku meneruskan kelangsungan hidup untuk terus bernafas dalam sebuah kotak hidup yang aku kategorikan sebagai rumit.. Rumit untuk aku lalui hari demi hari.. Aku depani hari-hariku penuh ranjau, liku dan cobaan tapi aku adalah aku yang anda-anda-anda smua lihat hari ini.. Alhamdulillah.. :) Terima kasih Maha Pencipta!

Aku yang melewati hari semakin lewat ini terkadang terasa begitu capek.. Capek dengan perjalanan yang aku katakan tadi sebagai kotak rumit.. Capek dengan persekitaran aku, dengan orang-orang sekeliling aku, hatta dengan diri aku sendiri.. Aku dibesarkan dalam sederhana sedia dan aku belajar erti berdikari sejak aku umur satu angka lagi.. Aku mendewasa bersama azam tanam kuat dalam diri bahawa aku bukan macam orang lain.. Yang boleh dibantu dan mengharap bila perlu.. Sebab aku adalah satu.. Lantas, laju aku ketuk biar bekas dalam logam kotak hati bahawa aku wajib bangun atas dua tapak kaki aku, aku harus papah atas dua tapak tangan aku.. Walau jerih, walau payah, walau maut menanti di depan.. Aku didik bahawa aku tidak punya siapa-siapa.. Aku didik supaya aku kuat.. Aku didik supaya aku tabah.. Aku didik supaya aku tidak mudah rapuh.. Tidak mudah serah bila kalah datang menjemput.. Tidak mudah untuk menjadi senang.. Tidak mudah untuk aku raih belas ihsan dari akrab sahabat masyarakat sejagat.. Sebab aku adalah i.n.d.e.p.e.n.d.e.n.t..
Lantas oleh sebab itu, aku bangkit untuk membenci golongan pengharap.. Mereka-mereka yang tidak berdikari.. Mereka-mereka yang berubah oleh derasnya waktu berlalu.. Meninggalkan lekuk kesan dalam.. Yang berharap akan ada tukul datang menghentam kembali.. Dengan sebuah angan-angan pengharapan supaya lekuk itu bukan lekuk lagi.. Elok kembali.. Cantik semula.. Bukan mengusaha diri memperbaiki.. Tapi menjadi pengharap yang setia.. Pengharap yang tiada nilai berdikari.. Sentiasa harapkan tongkat untuk meneruskan langkah.. Dan andainya tongkat itu patah, aku yakin pengharap itu tidak bisa berjalan.. Tidak betah melakukan apa-apa.. Duduk, duduk dan terus duduk terjelepuk di situ.. Mengharap tongkat tersebut datang menyembah bumi seperti mengharapkan nyawa melayang terbang dekat dan hampir, masuk semula menghidupkan jasad yang telah mati.. Ada mungkin? Sebab itu aku benci mereka-mereka yang d.e.p.e.n.d.e.n.t..
Wahai mereka-mereka yang i.n.d.e.p.e.n.d.e.n.t..sekalung tahniah & syabas aku rafa'kan.. Kalian berjaya untuk menjadi diri kalian tanpa ragu dan sangsi membelenggu setiap ruang polos hati..
Wahai mereka-mereka yang d.e.p.e.n.d.e.n.t..jika kalian membaca catatan haprak aku ini, kalian patutnya berubah.. Bukan berubah sebab nota ini, tapi berubah sebab untuk kebaikan diri kalian.. Bukan untuk aku.. Dan betul-betul bukan untuk siapa-siapa..

p/s : Aku p.u.a.s sebab aku independent!

Friday, April 13, 2012

:: Mysterious Gift! =) ::


Alamak.. Lupe bangat nih! Dah lame dah snapped ini gambar tapi asyik lupe, lupe dan lupe je nak letak dalam ini blog.. Hilang ingatan betoi le.. Adehh! BTW, ni adiah misteri dari XYZ lepas 2 ke 3 minggu beday saya.. Sebab jurang ari beday saya dengan ari terimaan adiah misteri nih agak jauh, sampai saya pun agak terlupe.. Huhu.. Maapkan saya XYZ ye.. =I Tapi ape pun, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih lah ye sebab shushah-shushah je adiahkan saya adiah misteri nih! #MysteriousSangat! Hehehe.. =) Semoga kesusahpayahan XYZ dalam menghadiahkan saya adiah nih dibalas oleh Allah SWT.. InsyaAllah.. Doakanlah saya dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik..dannn smua yang bebaiklah.. Amiin.. =)
p/s : Tengs XYZ.. Tahun depan make sure yang lebey misteri lagik ye.. Hikhik.. =)

:: Semak Diri Anda! ::


Salam sejahtera, salam Jumaat..penghulu segala hari..

Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi saya & anda-anda-anda smua menghirup udara untuk terus bernafas bagi meneruskan kelangsungan hidup di bumi pinjamanNya yang maha luas nih. Alhamdulillah.. :) Entri saya arini Sekadar tazkirah ringkas untuk direnung & difikirkan bersama, buat peringatan diri sendiri & panduan anda-anda-anda smua..

Untunglah anda dilahirkan dalam keluarga Islam. Tak perlu susah payah mencari-cari cahaya hidayah macam orang lain yang perlukan sangat-sangat ‘cahaya’ untuk berubah. Tapi berapa ramai yang bersyukur & tahu bagaimana cara untuk menghargainya hidayah terbesar yang satu tuh..? Percaya tak kalau saya simpulkan ianya terlalu kurang.. Kalau pun solat 5 kali sehari semalam yang wajib tuh pun terlalu ramai yang culas & 'uzur' (katenyer..), apatah lagi kewajipan lain..
 
Tak kisahlah macam mana latarbelakang anda-anda-anda smua sebelum nih; dari sekolah agama, atau sekolah berasrama, atau sekolah biasa..yang penting smua orang pun dianjurkan untuk mempunyai kehidupan berteraskan Islam.. Bagi saya, sejahat mana sekalipun kita kat atas muka bumi Dia nih, solat 5 waktu W.A.J.I.B. buat! Jangan tinggal! InsyaAllah kalau tiang agama nih kita jaga, perkara-perkara lain secara sedar atau tak akan turut terpelihara. Tapi, kalau solat pun tak ambil pusing. 5 waktu pun entah ke mane. Yang sunat apetah lagi, kompem takde laa kan. Tapi yang pelik bin ajaibnye plak, bile time-time susah dan dan tuh ingat nak mintak tolong Dia. Haaa, tuh lah manusia yang slalu lupe diri bile diberikan kesenangan, tapi slalu ingat Dia bile ditimpa kesusahan. Inilah namanya ‘buat dengan syarat’. Hmm..

Satu je senarai semak saya nak buat untuk entri kali nih, nih pun sebab ustaz waktu saya ambek Bahasa Arab kat U dulu yang cakap, dan ade betulnye jugak ape yang ustaz tuh cakap.. Situasinya mudah; try masuk bilik member-member kat kolej (zaman study-study), cube perhatikan ade tak senaskhah Al-Quran? Try masuk sekurang-kurangnya 10 bilik. Brapa banyak bilik yang ade & brapa banyak bilik yang takde? Sepanjang pengamatan saya, >5 bilik yang takde, kan..? Hmm..sedih sungguh. Kitab mulia untuk bacaan, rujukan dan panduan hidup pun boleh takde dalam list. Laptop, music player, handphone canggeh manggeh boleh pulak ade, tapi Al-Quran tak sampai RM100.00 pun takde. Sedey! Sedey! Sedey! Dan kalau yang ade pulak, berapa ramai yang membacanye stiap hari? Sangat-sangat tak ramai.. =( Stiap minggu? Sangat tak ramai.. =( Stiap bulan? Pun, tak ramai jugak.. =( Stiap tahun? Hmm, tepuk dada tanyalah iman anda-anda-anda smua.. Anda tergolong dalam golongan yang mane.. Anda tak perlu bagitahu, tapi anda perlu tahu anda di tahap mane & kalau masih banyak yang kurang, lengkapkanlah.. Yang pasti, ramai yang membiarkannya tersusun cantik di atas rak, tapi penuh habuk sebab lame sungguh tak berusik..
 
Haaa, ape lagi kawan-kawan.. Balik nanti kita ambik Al-Quran, kita bace same-same.. Ustazah saya pernah cakap, bacalah sekurang-kurangnya sebaris ayat setiap hari, dan jadikan ianya amalan, insyaAllah hidup akan lebih tenang.. Tak susah kan kawan-kawan? Jom, bace!
 
Smoga dengan pengisian pagi Jumaat yang singkat ini, dapat sama-sama kite gunakan untuk muhasabah diri kita sendiri. Entri nih bukan untuk ditujukan kepada mana-mana pihak, tapi sekadar entri umum untuk perhatian smua terutamanya untuk diri saya sendiri yang slalu alpa dan leka atas pemberianNya.

p/s : Tingkatkan amal, tegakkan yang benar, runtuhkan yang salah.. =)

Wednesday, April 11, 2012

:: Peristiwa : YDPA, Polis & Gunting ::


11 April 2012 bersamaan hari Rabu, 19 Jamadilawwal 1433H merupakan hari pertabalan Sultan Kedah sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah iaitu YDPA Malaysia Ke-14. Tetapi, dalam sejarah Malaysia ini merupakan kali pertama pelantikan dibuat ke atas Sultan yang sama bagi memegang tampuk pemerintahan utama negara dan kali pertama juga pertabalan diadakan di Istana Negara yang baru siap dibina di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

FYI, aku cuma menyaksikan adat-istiadat melalui channel swasta TV3, tuh pun dengan ihsan RTM dari bilik terchenta jeh.. Penuh istiadat! Tuh je aku nak cakap.. Cuma, mungkin Islam di Malaysia akan lebih dipandang tinggi sekiranya pemimpin-pemimpin tertinggi negara menegaskan pemakaian pakaian yang betul-betul mengikut suruhan dan tegahan Islam. Secara tak langsung, Islam akan lebih dihormati dan sebagai salah satu jalan dakwah. InsyaAllah, amiin! =)

BTW, coti-coti umum macam nih, aku lebih suke duduk kat rumah kalau takde benda nak buat. Boleh guling-guling, lepak-lepaking, kemas-kemasin mane yang patutin..ape-apelah, asalkan mendatangkan manfaat. #MacamTipuJeh! Tapi, arini aku ade benda nak cari kat Low Yatt, KL. Sebab habis pertabalan pun dah dekat-dekat pukul 12 tengah hari, aku decide nak gerak lepas Zohor je. Senang skit kalau gerak lepas solat nih khannn..

Tapi, sebab tak makan tengah hari lagi, aku decide ambek paspud je @ McDonalds Petronas Sg. Besi (U). Seb bek sempat sampai sebelum pukul 3 petang, so dapatlah merasa Set Lunch yang murah tuh. Hehehehe.. =) Kalau lambat 10 minit lagi, kompem kene bayo ikut rege asal. Rugi, rugi.. Hahahaha.. #KedekBetol! #AAK?!? Okay lepas makan smua bermulalah jelajah ke KL. Aku doa dalam hati mintak-mintak smuanya berjalan lancar, takde kesesakan lalulintas & tiada kesemputan jiwa walaupun bukan aku yang drive sebenarnye. Kompem tak lenguh kaki! =) Tapi jangkaan aku meleset der.. =( Jalan kat simpang 4 sebelah Penjara Pudu lame tuh tutup sebab ade construction la pulek! Perghhh, jauh siot nak kene u-turn sampai dah nak sampai Dewan Bahasa Pustaka dah ni haa.. Jammed adalah sangat teruk! Adoiyai, lame lagi le nak sampai nih (+) kepanasan melampau kat luar tuh sebabkan aircond kete pun tak berapa nak ade ghase. Ghasak ler der..
 
1 je yang aku pelik bin ajaib, ajaib bin pelik! Awat le ghamai bebeno polis trafik kat sekitar kawasan nih? Aku ghase ade antara 10-15 orang kot yang aku jumpa sebelum aku masuk Low Yatt. Nak kate sebab pertabalan, pertabalan dah lepas. Lagipun pertabalan kat Istana Negara, Jalan Duta bukan kat tengah-tengah KL pon. Masalahnya, diorang nih aku simpulkan bukanlah sangat membantu dalam kelancaran trafik yang menderas nih. Tapi motor-motor kuwase beso diorang nih banyak yang digunakan untuk menutup lorong-lorong utama sebabkan orang ramai terpaksa buat u-turn (termasuklah kami nih haa) kat tempat laen. Ade yang membantu, tapi dalam keadaan sesak yang teramat sesak nih, keputusan meletakkan kenderaan kat pintu masuk lorong-lorong bukanlah langkah terbaek! Serius uolz, bukanlah langkah yang terbaek! And, the best part is..waktu tengah dalam kete nak kluar dari 1 simpang waktu kene buat u-turn nih, boleh plak terdengar ade sorang polis trafik nih menjerit sekuat hati marah kete belakang kitorang punye belakang.. Wow!!! Power seyh! Kete fully tutup tingkap pun still boleh dengar suara polis trafik tuh! Ini betol-betol kuat! Aku just nak ucapkan SYABAS je lah! Tindakan yang patut & sangat bijak! Orang yang tengah makan kat koridor bangunan sebelah smua duk pandang kat dia. Bangga sangatlah tuh ye tak? Kalau benda macam nih pun nak riak-takabbur-bongkak-ego-sombong-prasan bahgus sangat, susah jugak babe! Tak besar mane pun kalau jaga trafik (+) sikap camtuh! Orang tak hormat pun babe! Ingat yer!!!
Okay! Stop citer tuh.. Next? Hehehe.. Petang tadi, lepas solat Asar smua, mata aku memang stok takleh nak angkat dah uolsz. Nih kalau aku layankan kompem aku tido sesenja nih. Orang tua-tua cakap kalau tido sesenja nih leh gilak uolsz. Adehhh.. So, sebelum aku tertido & tergilak, bek aku blah.. Aku start kete, aku tekan pedal minyak, aku gerak pergi kedai gunting rambut. Jujurnye aku dah rimas sebab rase macam dah lebat plak rambut nih haa.. Aku memang jenis tak boleh rambut panjang skit.. Lemas rimas smua ade.. Huhu.. Jeles tengok orang leh bela rambut panjang.. Nak jugakkk! Huhuhu.. Btw, aku mintak abang tuh potong sikit je.. Nway, kedai nih aku dah bese pergi. So, seusai aku melangkah masuk mencemar duli bagai, aku terus tanya abang tuh, “Uncle mane?” Sebab slalunye uncle tuh yang potong rambut aku. “Dia sudah balik” “Balik mane? India ke?” “Ehh, taklah. Dia balik rumah dia laa. Rehat-rehat.” “Oooo..ingatkan balik India tadi. You pun lame dah tak nampak, mane pergi? Balik India ke?” “Ha’ah bang, balik India. Dalam satu setengah tahun je tapi banyak susah hidup sane bang” “Oooo..sebab ritu I ade tanye uncle & uncle cakap you balik India. I ingat dia main-main. Hehehe..” Ramah tak? Hikhik.. Dan sesambil dia potong tuh, dia tanye lagik, “Ni sapa potong ini rambut?” “Hah, potong rambut? Yang mane?” “Nih..yang depan nih. You sendiri kasi potong eh?” “Oooo..bukanlah. Kawan I yang potongkan. Nape?” Aku dah senyum-senyum dah.. Adehhh le.. “Takde la, I ingat you potong sendiri sebab tak sama ini depan. Cube you tengok.” “Takpelah, I nak cepat ritu so I mintak tolong member rumah I je yang potong” Hahaha.. Rambut dah tumbuh melebat balik pun dia bleh plak cam yang tak sama cutting nye. Hebat seyh! Dia siap sound lagi sebelum aku kluar pintu, “You nanti belah lah bahagian tuh, so takde nampak sangat. Nanti lame-lame dia jadi okey smula” Aku senyum je.. Heeee.. =) Pepun, thanks le mate ye. Walaupun abang tuh cakap tak same, as long as ana dapat free hair cutting kire okeh dah tuh. Hehehe.. Sesaje je ana citer, leh buat bahan gelak time bohsan nanti.. #KuiKuiKui!

p/s : Anta tak nak ana potongkan rambut anta ke? =) #WinkWink!

Sunday, April 8, 2012

:: Keputusan Nombor Ekor! ::

Bile dah berblogging nih, smua benda pun nak dicoretkan. Bukan sekadar coretan kosong tapi perkongsian penuh makne (#YeKe?) dengan anda-anda-anda smua. Jadi, bermulalah pengamatan benda nyata depan mata sampailah ke pembacaan-pembacaan umum yang perlu ulasan aku yang tak berapa nak pro nih. Apepun, niat aku baek..untuk berkongsi idea dari aku bazirkan waktu yang masih ada sisa belum cerna nih. Aippp, haa..yang tengah baca nih tak baek mencebik camtuh! Serius nih babe..! Hahahaha.. =)

Minggu nih seperti jadual mingguan aku..adalah minggu balik kampung. Setiap 2 minggu, mesti aku akan asingkan jadual aku untuk menjengah mak & adik-adik kat Seremban. Semenjak arwah ayah meninggal, beban dan tanggungjawab banyak yang aku pikul. Kalau nak harapkan orang laen, sapelah yang boleh menolong. 1, 2 kali mungkin orang cakap boleh tapi kalau slalu orang pun bohsan khannn. So, aku tak kisahlah kalau nih yang terpaksa aku korbankan selagi hayat dikandung badan. Semoga akan ada ganjaran dari Dia buat aku nanti. InsyaAllah.. =) (Seperti beselah, meh cepat amiinkan..!)

So, malam semalam aku bawak mak & adik-adik makan malam kat Garden Homes Seremban 2. Berkatkan rezeki Allah khannn.. Tapi sebelum tuh, mak suruh singgah nak beli barang skit kat Family Store. Aku okay jeh! Tapi aku tak turun kereta la pun sebab semalam plak tertembung dengan pasar malam kat kawasan tuh. Orang dah macam ulat plak aku tengok & aku ghase takde ciri-ciri aku nak dapatkan parking. Adehhh!

Sedang ralit duk perati orang keliling dari dalam kete, aku baru prasan uncle depan aku nih menjual surat khabar Bahasa Cina (+) potongan kertas A4 putih. Ikutkan aku, uncle nih kerat A4 tuh 8 bahagian kot sebab serius memang kecik je uolsz. Puas aku duk perati. Adoiyai, keciknye..tak nampak dek mata aku yang makin nak rabun nih! Laa, keputusan nombor ekor kalau potostet pun bleh buat duit jugak ghupenye ye? Patut le ramai yang datang singgah beli. Al-kisahnye..

Dari yang berjalan kaki, sampai ke yang nek motor, sampai le yang nek kete, smua ade uols. Pada hemat aku kejadahnye orang nak membeli suratkhabar dah malam-malam nih. Berita smua dah outdated. Fresh news dah nak klua esok yang tak sampai bape jam lagi je dah. Tak faham, tak faham.. Tapi dalam pada tak paham aku tuh, lagi aku tak paham camne le ghamai yang duk singgah beli kertas A4 putih kecik tuh. Kalau dah membeli keputusan nombor ekor, kompem-kompem dia dah beli nombor ekornye..iye tak?
Kalau yang membelinye bangsa lain aku tak berapa heran bin ajaib pun uols, tapi kalau bangsa sendiri pun sama banyak dengan bangsa lain, camne tuh? Nak beli punye pasal, datang jalan kaki pakai kaen pelekat pun jadi ler.. Memacam lah orang kite nih! Skarang sape nak jawab? Mana penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan dalam mendepani situasi & perkara camni? Susah betol nak bendung & nak educate orang bangsa kita pasal benda haram nih khannn. Ape untungnya menilik naseb nih? Kalau menguntungkan, lebih baik syarikat penilik naseb nih totop kedai je uols sebab diorang plak yang rugi!


DIA dah tetapkan mana yang halal & mana yang haram. Susah sangat ke nak ikut?!? Suke nau nak melawan ye! Ade le sebab nape menilik naseb nih diharamkan. Boleh membawa kepada keruntuhan akhlak & tamadun manusia! Ini serius ye uols!!! (Kan dah 3 kali '!') Untunglah sebab dilahirkan dalam keluarga Islam. Tak payah susah-susah nak mencari ape itu Islam. Cume perlu bijak mengIslamkan hidup ikut landas-landas Islam. Bukan landas-landas Melayu. Sangat berbeda Islam & Melayu tuh ye anda-anda-anda semua. Ada yang sama tapi tak semua yang sama tuh betol. So, kalau dah Islam tuh, syariat kene jaga. Tak boleh le nak samakan diri macam orang bukan Islam. Cara hidup, apa yang boleh, apa yang tak boleh bagi orang Islam kompem-kompem dah lain. Nih tak, bile nak kahwin 4 je baru nak ikut sunnah Nabi. Tapi bile solat 5 waktu taknak pulak ikut suruhan ye. Pandai betol manipulate keadaan kan orang-orang zaman skarang.


Bumi dah semakin uzur, zaman dah makin menghujung, tapi manusia semakin hilang arah diri. Yang bijak pandai pun belum tentu bijak pandai dalam 'Islam'. Bijak pun zaman nak ambik Pend. Agama Islam zaman SPM dolu-dolu je khannn. Skarang smua pun dah lupe dah. #APTB! Uols, selagi ada nafas, selagi itu DIA bagi ruang & kesempatan untuk hambaNYA berubah. Tepuk dada, tanya selera! Masa tak menunggu kita tapi kita yang kene manfaatkan stiap masa yang melintang deras usia.


Dengan itu, saya undur.. =)


p/s : Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan.. =) P.E.A.C.E.!

Wednesday, April 4, 2012

:: RESEPI : Ayam Masak Jawa Nasz ::

Alhamdulillah, arini chef nak berkongsi resepi baru untuk anda-anda-anda smua.. Baru bagi chef lah yang ala-ala masuk dapur skali skala nih khan, tapi mungkin resepi chef rini bese-bese je kat mata korunk.. Apepun, #ACK?! Hehehe.. So, smoga dengan resepi chef rini anda-anda-anda smua dapatlah mencuba ye.. Kalau nak sure, betol ke tak ghase masakan korunk tuh nanti, meh sini ajak chef ghase masakan korunk tuh.. Baru chef leh verify betol ke idok ghasenye.. Hehehehe.. Al-maklumlah, nanti salahkan chef plak kalau ghase masakan nih larik.. Hehehehe.. So, dipersembahkan Resepi 'Ayam Masak Jawa Nasz'..


Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang) :
1.    Ayam dipotong dadu (ambik bahagian daging..senang skit nak potong)
2.   Air stok ayam (1 mangkuk kecik)
3.   Bawang besar/holland (lagi banyak lagi manis masakan, so...ikut suke le)
4.   Bawang putih (5-6 ulas, dipotong halus)
5.   Cili besar (5-6 tangkai, diracik)
6.   Cili padi (8-10 tangkai, diracik halus..nak pedas lagi, tumbuk ye)
7.   Asam jawa (skit je, tak payah banyak..nanti masam plak)
8.   Minyak masak (ikut suke)
9.   Garam (ikut suke)
10.  MSG/Serbuk perasa (jangan lebey-lebey ye..nanti fenin)
11.  Kicap manis (sikit je..jangan banyak-banyak)
12.  Sedikit air (ikut suke)


Cara Memasak :
1.   Gaul daging ayam berserta sedikit garam & MSG/serbuk perasa dan matikan daging ayam tadi dalam periuk bersaiz sederhana (hahaha..) sehingga sedikit kering
2.   Kemudian, masukkan semangkuk air ke dalam periuk tadi --> untuk sediakan stok ayam (><5 minit, api sederhana)
3.   Keluar dan asingkan ayam & stok ayam tadi
4.   Panaskan minyak masak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau
5.   Masukkan cili besar, cili api & bawang besar yang telah dipotong chantique --> goreng sehingga layu
6.   Masukkan secubit serbuk kunyit --> kacau lagi sampai sebati
7.   Selepas layu sepenuhnya, masukkan sedikit kicap (*jangan banyak, nanti jadi masak kicap pulekkk) & air perahan asam jawa & stok ayam --> kacau sehingga sebati
8.   Biarkan 5-10 minit, rasa & ubahsuai-naiktaraf makanan korunk ikut kehendak selera memasing ye..
9.   Perghhh, dah siap dah masakan ‘Ayam Masak Jawa Nasz’ korunk.. =) Haa, hape lagi tunggu, cecepat hidang, panggil saya datang cube.. Hehehehe.. Pepun, silalah cube ye.. Cedaaap!



p/s : Ayam tadi boleh diubah kepada daging/perut/hati & pedal/ape-ape aje lah! Yang penting halalan toyyibah! Bagi aku, kalau tuko perut pon sodap! Ececececeh!

“SELAMAT MENCUBA LAH YE, KORUNK! =)”

Sunday, April 1, 2012

:: Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Skim SSM 2012 : Kakitangan Perkhidmatan Awam & PDRM =) ::

Alhamdulillah.. Berkat usaha pelbagai pihak dalam membela nasib pekerja-pekerja di Malaysia akibat daripada kos dan taraf hidup penduduk Malaysia yang semakin tinggi hari demi hari, di sini saya khabarkan berita gembira apabila Kerajaan Malaysia telah pun mengeluarkan Pekeliling Bil. 1/2012 (Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan) dan Pekeliling Bil. 2/2012 (Polis Di Raja Malaysia - PDRM).. Berita ini secara tidak langsung bagi saya berjaya menamatkan segala teka-teki dan buah mulut tentang andaian-andaian yang mungkin terutamanya dari segi pengiraan..
Alhamdulillah, berita ini turut terguna pakai untuk semua kakitangan yang sedang berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan awam termasuklah pekerja bertaraf tetap, kontrak mahupun sambilan (melainkan yang bermasalah dan telah disabitkan).. Moga ada pihak yang akan membela nasib pekerja-pekerja kontrak dan sambilan secara total selepas ini & semoga Kerajaan Malaysia melihat isu ini secara aktif kerana bilangannya bukan sedikit, tapi cukup banyak..

Kepada sesiapa yang ingin membuat pengiraan secara sendiri (tidak rasmi) tentang Pekeliling Kenaikan Gaji SSM 2012 ini, boleh klik capaian di bawah..


Pengiraan Gaji (Klik Capaian Di Bawah)

Pekeliling Bil. 1 (Klik Capaian Di Bawah)

Pekeliling Bil. 2 (Klik Capaian Di Bawah)