Monday, May 6, 2013

:: Keputusan PRU13 @ GE13 : My 2 Cents ::

 
Salam tengah hari, Isnin, 06.05.2013..a day after GE13 ;)

Pertama skali, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia & rahmatNya kita masih diberi pluang bernafas untuk meneruskan legasi kehidupan y entah bila berpenghujung nih.. Rata-rata masih dengan analisis peribadi terhadap keputusan GE13 yang baru diumumkan lewat pagi arini..

Walau apa pun keputusan yang diumumkan, bagaimana cara keputusan tersebut dizahirkan, taktik bagaimana y digunakan (kalau ada), pasti ada y menang & y kalah.. Y kalah bermuram durja, y menang sorak melambung..fenomena biasa bertanding.. Bagi y kalah, jangan pernah putus asa..lipatgandakan usaha untuk GE14 plak.. Nasihat y sama jugak untuk y kalah tipis.. Smuanya memberi impak pengalaman y berbeza dalam diri..

Bagi yang menang dengan majoriti besar..mahupun y menang sipi2..alhamdulillah usaha anda berjaya & rakyat memilih anda.. Pengumuman berkumandang & anda sebenarnya telah secara rasmi menggalas tugas, amanah serta tanggungjawab besar dalam memastikan anak buah y diletakkan di bawah ruang lingkup tanggungjawab anda adalah anak buah terpimpin dari segala aspek..

Dari sudut pandangan peribadi saya, kepimpinan y dihormati sebenarnya bermula dari rumah - lihat saja kepada orang terdekat anda..keluarga anda.. Mana y betul, alhamdulillah dan hendaklah diteruskan (dan jangan pernah mendabik diri) tapi mana2 y tak berapa nak betul, wajiblah dibetulkan dulu barulah tak menjadi seperti ibu ketam y mengajar anaknya berjalan lurus.. Kepimpinan melalui teladan insyaAllah merupakan kepimpinan cara terbaik y dianjurkan..

Apapun, kita hidup hendaklah rukun damai..saling menghormati sesama kaum.. Apa y berlaku biarkan berlalu kerana masa sememangnya tidak boleh diputar kembali macam mesin masa Doraemon.. Y lepas dijadikan tauladan untuk sempadan akan datang..

Bagi y menabur manifesto pelbagai rencah & rasa, nahhh skaranglah masanya untuk anda melaksanakan segala y dikota.. Manusia berpegang pada janji & buktikan kemampuan anda bukan berakhir dengan kata-kata.. Turunlah padang slalu menjengah anak buah dalam usaha bersama-sama menjiwai jiwa rakyat marhaen.. Y gagah menggantung bendera, sepanduk, poster sgala bagai, turunkanlah smula supaya Malaysia kekal cantik dan aman..tak kisahlah anda menang, menang tipis, kalah ataupun kalah tipis..

#Wallahua'lam

1 comment:

  1. http://stayreward.com/index.php?share=60463 please click

    ReplyDelete