Tuesday, August 14, 2012

:: RESEPI : Aglio Olio N.A.S.Z. ::


Perghhh, bebaru nih saya telah menjinak-jinakkan diri dalam arena masakan ala-ala Western.. Nih smua angkara Hello Bro…Tolong Masak! Stiap ari bebulan pose nih kalau saya ade kesempatan balik awal, saya akan pastikan Channel 104 AstroRia ditonton tepat jam 6.00 petang.. Keletah chef-chef lelaki muda nih memang meninggalkan kesan mendalam.. Macam yang saya pernah bilang dalam entri saya sebelom nih, lelaki yang pandai masak tuh adalah lelaki yang A.W.E.S.O.M.E. =)

So, arini seperti yang telah saya janjikan sebelom nih, saya akan kongsikan resepi untuk menu Western pertama saya iaitu ‘Aglio Olio N.A.S.Z.’..


Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2-3 orang) :
1.       1 bungkus pasta (lembutkan pasta bersama-sama sedikit minyak supaya pasta tidak melekat selepas sejuk)
2.       6-7 sudu extra virgin oil (EVO)
3.       4-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
4.       6-7 batang cili padi (dipotong)
5.       1 biji capcisum (ikut suke le nak warna ape; merah ke, kuning ke, hijau ke)
6.       1 sudu teh serbuk daun oregano
7.       Sedikit daun pasli (dicincang halus)
8.       Sedikit garam (skit je ye..jangan lelebey..nanti darah tinggi)
9.       Sedikit monosodium glutamate (MSG)
10.   8-12 ekor udang (dibuang kepala dan badannya)
11.   Sedikit air
12.   6-9 biji baby tomato

Cara-Cara Memasak :
1.       Panaskan extra virgin oil
2.       Goreng udang menggunakan api sederhana sehingga elok masak
3.       Masukkan & tumis bawang putih (+) cili padi sehingga naik bau
4.       Masukkan oregano, garam & MSG & sedikit air sehingga mendidih
5.       Masukkan pasta yang telah dilembutkan (+) daun pasli & kacau sehingga rata
6.       Siap untuk dihidang bersama-sama dengan baby tomato tadi

So, inilah hasilnya masakan homemade Western saya.. Gambar atas tuh gambar asli tau.. Bukan copy & paste ye kengkawan.. BTW, kalau nak kata same dengan Aglio Olio kat Pizza San Fransisco @ Mines tuh, ghase-ghasenye memang lebey kurang lah.. Ke kurang je yang lebey? Tak kesah lah.. #Adeih! #Pitam! Pepun, masakan nih boleh saya kategorikan sebagai simple & mudah.. Sekejap je boleh siap & sesuai untuk mereka yang bujang macam saya nih haaa.. =))

Pepun, selamat mencubalah ye! Lepas dah siap, sharelah gambar.. #WinkWink!

No comments:

Post a Comment