Wednesday, May 16, 2012

:: Cekgu! Selamat Hari Guru! =) ::

16 Mei datang lagi! Kali ini untuk tahun 2012 pulak. Heboh sane, heboh sini, smua orang duk perkata pasal Hari Guru. Iklan kat TV pon taknak kalah jugak duk tayang ucapan-ucapan ringkas sempena hari penuh makna, penuh erti; HARI GURU. Radio pon sama jugak, siap buat topik bual ceria kongsi suke duka pahit maung pepagi arini. Perghh, demam Hari Guru lah nampaknye minggu nih! Kompem minggu nih Cerekarama kat TV3 pon pasal guru jugak! Hehehehe..
Apepun, di kesempatan yang kesekian kalinya ini, pertama sekali, saya dengan penuh takzimnya mengucapkan “SELAMAT HARI GURU”. Betollah bagai dikata, tanpa jasa anda-anda-anda smua, mungkin saya bukanlah saya yang sekarang. Untuk semua guru yang pernah mengajar saya di..
-       Tabika Kemas Air Hitam Pantai, Tj. Bidara, Melaka (sat jeh!)
-       Tabika Kemas Kampung Batu 3, Mambau, Seremban, N. Sembilan (sat jeh!)
-       Tabika Kemas Kem Rasah, Seremban, N. Sembilan
-       SK Mambau, Seremban, N. Sembilan
-       SMK Mambau, Seremban, N. Sembilan (sat jeh!)
-       SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, N. Sembilan
-       Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak (sat jeh!)
-       Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, Melaka
-       Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
..saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaran, ketabahan dan kesungguhan cekgu-cekgu sekalian mengajar dan mendidik saya tanpa jemu. Saya doakan cekgu-cekgu semua diberikan kesehatan yang baek, dikurniakan rezeki yang murah & melimpah ruah, dipanjangkan usia, mudah di dunia, senang di akhirat.. InsyaAllah.. Amiin! =)

Imbas a.k.a Flash-back!

BTW, bile sebut pasal guru nih, dan dan nih lah ingat peristiwa 2010 lepas.. Peristiwa terlepas yang tak mungkin akan berulang aku ghase.. Aku nekad untuk memohon tapi aku tak kuat tekad untuk teruskan kesinambungan jiwa pendidik yang aku ade sejak zaman sekolah dolu lagi.. Petang damai dalam kalut untuk bersiap ke Kursus Pemantapan Organisasi @ Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, aku dikejutkan dengan berita tawaran sebagai guru Kimia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Trolak, Perak menerusi panggilan telefon.. Hati aku berbolak-balik dalam mempertimbangkan banyak perkara dan benda.. Separuh hati aku kata PERGI! Separuh hati kata JANGAN!

Masa berlalu pantas.. Pendapat dah macam-macam aku dengar.. Yang menyokong, tak kurang jugak yang tak menyokong.. Agaknya, nih lah manusia kan; bila takde mencari, bila dah dapat dilema lah pulok.. Adoii.. Akhirnya, aku bujurkan tekad untuk menolak.. Ari Ahad yang sepatutnya aku gerak ke Trolak, dada aku berdegup kencang sama ada nak kemas & gerak untuk menyandang jawatan tuh @ stay kat sini.. Memang tak aman, memang tak tenteram.. Aku tau jiwa aku kuat untuk menjadi pendidik tapi semacam ade sesuatu yang menghalang aku untuk pergi menabur bakti yang pahalanya panjang sampai ke mati tuh! Aku betol-betol keliru! Huhu.. Dan, akhirnya aku masih di sini menanti untuk suatu kepastian yang belom pasti, yang jalannya aku rase lagi banyak liku dan

Sebagai mengubat hati nan lara, skarang aku jadi cikgu tusyen je.. Mungkin boleh mengubat hati yang sebok nak ngajo nih! Kalau tak banyak pon, sekurang-kurangnya terubat lah sikit jugak khannn.. Huhu.. So, kepada sesape yang duk kat kawasan sekitar Putrajaya-Serdang-Seri Kembangan-Bangi-Kajang nih, kalau nak hire guru tusyen yang ‘baek’ untuk anak-anak anda, bolehlah berhubung dengan saya.. InsyaAllah, saya mampoo.. Hehehehe.. #PromoteSangat!

p/s : Cekgu-cekgu sekarang, berkhidmatlah seikhlas yang mungkin.. Moga pahalanya berpanjangan selagi ilmu cekgu-cekgu bagi nih diperpanjangkan.. =)) Selamat Hari Guru! =))

1 comment:

  1. hehehehehehhehehhhe...awat hg xp...bagos ap jdi cikgu MRSM..seng ngajar..hehehe

    ReplyDelete