Wednesday, May 9, 2012

:: RESEPI : Sambal Udang Nasz ::

Adehhh, mahap der sebab dah lame gler chef tak kemaskini blog lantaran terlalu bizi dengan tanggungjawab semasa.. Niat suci murni nak kemaskini tuh hade tapi kesempatan tuh yang agak berkurang.. So, kesempatan yang ade nih saya gunakan untuk berkongsi resepi dengan anda-anda-anda semua.. Silalah cube ye.. =)
Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2-3 orang) :
1. Udang segar (500 gram) (kalau ghase tak cukup, sila tambah lagi ye..)
2. Cili kering (100-200 gram)
3. Bawang besar (2 biji; 1 biji dihiris bulat, 1 biji dikisar)
4. Bawang putih (5-6 ulas)
5. Air asam jawa (cair-cair je, nanti masem plak..tak besh)
6. Garam (secukup ghase)
7. MSG/Serbuk perasa (sikit je ye..kang fengsan plak)
8. Gula (secukup ghase)
9. Sedikit air
10. Sedikit minyak masak

Cara-Cara Memasak :
1. Gunting cili kering, basuh sampai bersih, kemudian rebus atas api hingga mendidih.
2. Angkat & toskan cili kering yang direbus tadi, kemudian kisar bersama 1 biji bawang besar, 5-6 ulas bawang putih & sedikit air.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis hasil kisaran tadi & goreng sampai agak garing menggunakan api yang sederhana besar.
4. Masukkan air asam jawa & kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan sedikit air kalau masakan nampak pekat.
6. Masukkan udang & kacau selama 5-7 minit sebab udang cepat masak.
7. Masukkan MSG/serbuk perasa, garam & gula secukup ghase..kacau hingga sebati.
8. Sebelum matikan api, masukkan hirisan bawang yang dipotomg bulat & kacau.
9. Taraaa..meh kengkawan kita makan Sambal Udang Nasz nih..siap dah pon.. =)

Perghhh, siap jugak akhirnya resepi ringkas aku nih.. Kengkawan jauh & dekat smua, dalam Malaysia & over-the-sea smua jangan lupe cube ye.. Serius best nih & mudah nak sediakan.. Makan dengan nasik pepanas memang sangat lazzatttt.. =) Selamat mencuba ye..

p/s : Kalau nak bagi smua biji cili kering hancur masa kisar, letak sikit minyak masak waktu blend..nescaya homogenous..

No comments:

Post a Comment