Monday, May 28, 2012

:: Perghhh! Perempuan Tuh Merokok Derrr ::


Keadaan sudah berubah.. Berubah dek kerana masa yang berlalu meninggalkan yang terlepas sebagai titik sejarah.. Baik untuk dikenang senyum @ dikenang pahit.. Apepun, yang terlepas, dilepas & melepas itu kekal sebagai benda lepas.. Cuma mungkin boleh dicedok sedikit untuk dijadikan teladan @ sempadan bagi menelusuri hidup yang penuh liku dan simpang yang memerlukan manusia itu untuk terus bertarung dalam mencapai sebuah kelangsungan hidup.. Yang kalah akan rebah menyembah bumi, dan yang mungkin menang pulak akan menongkat langit..

Malam itu, aku kluar malam untuk mencari sesuap nasi bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong sejak maghrib tadi lagi.. Adoiyai.. #APTB! Fenomena perempuan zaman skarang yang ralit merokok bukanlah satu fenomena baru bagi aku yang duduk kat kotaraya yang penuh habuk & debu nih.. Tapi, malam tuh fenomena tuh tak sama macam yang pernah aku lihat sebelom-sebelom nih.. Kali nih, yang merokok di meja sebelah aku nih adalah perempuan-melayu-bertudung.. What the...!!!
Aku jadi kaget.. Jadi malu sendiri dengan paparan benar hidup kotaraya yang maha padat nih.. Aku malu sebab yang merokok itu bukan lelaki, tapi perempuan.. Yang merokok itu bukanlah yang bukan melayu, tapi betol-betol melayu.. Yang merokok itu bukanlah yang lepas rambutnya, tapi yang bertudung litup.. Kenape ye..?!? Aku adalah tersangat malu.. Malu dengan tingkah perempuan meja sebelah nih.. Memang, kalau anda-anda-anda smua kata tak semestinya lelaki je yang boleh merokok..benar..aku tak salahkan anda-anda-anda smua.. Perempuan pon boleh merokok.. Tapi, bile minda sedar rakyat Malaysia, seringkali mengaitkan lelaki dengan merokok.. Lebey sinonim aku rase.. Tapi bile ianya melibatkan perempuan yang slalunya dikatakan lemah lembut, sopan tingkah dan tutur katanya, aku rase merokok adalah sangat antonimnye dengan perempuan..
Aku yang lelaki nih pon bencikan pada rokok.. Benci pada perokok yang sangat-sangat tegar itu.. Tersangat benci pada asap rokok yang sangat melemaskan akal dan tekak.. Tak tercapai dek akal fikiran bagaimana dia boleh terlalu taksub dengan rokok itu.. Lepas habis sebatang diratah telan sia-sia, ditekan ke tanah, matikan api yang bersisa.. Tak lama lepas itu, tangannya merayap pantas menelusuri isirung beg tangannya, dikeluarkan kotak rokok berjenama, diambil lagi sebatang, dinyalakan tanpa segan silu walau banyak mata yang memandang, dihisap disedut dalam-dalam, dan kemudian dihela bebas terbang melayang, berkepul-kepul putih naik ke atas dan hilang dalam sedut orang lain.. Adehhh.. Perbuatan umum ini diulang lagi, dan lagi, dan lagi..sampai habis jari tangan kanan aku berkira..

Dari perspektif peribadi, saya berasakan masyarakat zaman sekarang sangat mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif.. Tapi yang pelik bin ajaibnya, susah pulak nak terpengaruh dengan unsur-unsur positif.. Alahai masyarakat.. Dunia makin tua.. Selari dengan itu juga, sebagai manusia kita juga ada mula dan akhirnya, dan saat demi saat yang berlalu pergi tanpa tangguh hatta sesaat itu pun, luar sedar kita sebenarnya ikut tua.. Mati bukan kenal pada tua saja, mati jugak bukan kenal pada yang sakit saja.. Yang sihat walafiat pun belom tentu panjang umurnya, kan.. Sementalah itu, berusahalah.. Entahkan esok, entahkan lusa..diri sendiri plak pergi menghadap Illahi..
Kepada kaum hawa di luar sana, saya dengan rendah rasa dan rendah hati, memohon untuk anda semua supaya tidak merokok.. Apa ada pada gaya kalau kelak diri dan badan merana.. Kesan mungkin anda-anda-anda tak nampak dalam masa terdekat, tapi percayalah untuk iangka masa panjang, akan ada impaknya pada diri sendiri & orang-orang terdekat anda, mungkin orang yang anda sayang.. Sape tahu?!? Tak salah rasanya jadi orang biasa yang banyak daripada menjadi orang yang pelik duk mencari identiti diri.. Aku hanya mampu menyeru tanpa bunyi melalui blog aku nih & selebeynye terpulang pada anda-anda-anda smua di luar sana.. Jangan menjadikan budaya itu sebagai jalan hidup sebab tak semua budaya itu baik untuk diikuti..

p/s : Apa guna berwajah kacak, kalau agama tak terpacak tegak.. Apa guna berwajah cantik, kalau agama diracik-racik.. #SayaBiasa-BiasaSaja

No comments:

Post a Comment