Tuesday, June 12, 2012

:: KONGSI : Tragedi di LPT ::


Lebih kurang pukul 6 petang 6 Mei 2012, aku masuk hiway PLUS dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180 km/j dan tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn kereta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow Inspira tu dan meter dah jadi 200 km/j. Wow! Hati kering betol driver Inspira tuh! Kereta piawai, absober piawai, rim dan tayar pun piawai kilang der.

Memandangkan speed dah 200 km/j, then aku decide untuk follow je…dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. BTW, aku enjoy pasal Inspira tu. Rajin betol pemandu Inspira tuh hi-beam halau kereta ke tepi. So, aku kat belakang dia just follow je la. Ape lagi kan. Time corner kat jalan tak rata nih, aku nampak body Inspira tu dah nampak goyang dah tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik dalam hati nak pintas dia smula tapi memandangkan aku plan nak crusing jem, so aku maintain je la speed 200 km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lancer 2.0 stay kat lane paling kanan dalam kelajuan >< 140 km/j. Lancer tu taknak ke tepi tapi terus tekan minyak dan Inspira tu plak terus cucuk. Hmmm…kereta yang sama cuma pengilang yang berlainan. Proton Inspira -vs- Mitsubishi Lancer aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200 km/j. Kalau ikut darah pahlawan time-time camni memang sedap nak potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik. Lagipun lately tak tau ler nape…aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw punye! Hmmm mungkin ada hikmah tu. So, aku ikut je lah dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka berdua, ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yang bawak pada kelajuan biasa kat lane paling kiri. Inpira masih mencucuk Lancer dengan rapat dan aku semakin menjarakkan pemanduan  demi keselamatan. Tetiba, aku nampak Inspira, Lancer, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Tak dan dengan tuh, terus aku nampak Lancer tuh melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke Terengganu.

Semasa Lancer tu kat udara, ternampak sebuah kereta di laluan sebelah betol-betol berada di bawah Lancer tu. Nasib kereta tuh memang baik tapi bila Lancer tu dah terempas ke laluan sebelah pulak ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan Lancer tu lalu terbabas dan langgar pagar hiway. Kereta Inspira yang satu tuh aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berhenti, aku perasan penumpang Lancer yang duduk di depan dah kaku. Sebaik je aku berhenti, aku terus berlari ke Lancer tuh untuk membantu. Aku antara orang yang terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang mamat nih yang dah berlari lebih awal dari aku…bagitau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah Ya Rabbi!!! Menggigil kepala lutut aku masa tuh hanya Allah je yang tau. Dan rasa sebak pulak silih berganti macam nak nangis bile nampak baby yang aku rasa baru beberapa bulan tuh dah tercampak keluar dari Lancer tadi dan sekarang tengah ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat mamat tuh suruh angkat je baby yang tengah menangis tuh. Sebab situasi pun kelam kabut, mamat tuh pun macam kaget (+) panik kot…tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tuh dulu. Syukur jugak sebab kereta di laluan tuh semua terus berhenti. Aku terus pergi kat kereta Lancer tuh dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan ialah seorang perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan airbag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk ke depan dan aku yakin tengkok dia patah sebab boleh nampak tulang tengkok dia macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa. Aku periksa pemandu pulak, seorang lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tuh pun aku tengok dah terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher dia. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yang ada kat situ supaya jangan sentuh mangsa yang dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis datang dulu. Pastu ada mamat nih ambil peranan terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan Lancer tu untuk bukak jalan kepada kenderaan lain. Aku ternampak beberapa dokumen peribadi mangsa berterabur atas jalan. Terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena tar jalan. Nampak isi warna putih pada dahi baby tuh dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yang tercampak keluar termasuk beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada seorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tuh. Aku keluarkan tuala dari beg baby tuh untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg. Aku selongkar beg mangsa untuk periksa dokumen yang mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya dokumen peribadi mangsa je dan takde no. telefon ahli keluarga mangsa.

Dalam masa >< 20 minit selepas kejadian tuh, tetiba ada pakcik tuh ambil HP mangsa dan terus hubungi ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya, mangsa rupa-rupanya konvoi dengan keluarga yang lain dan ahli keluarga mangsa pun hampir sampai ke tempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tuh dulu untuk hantar ke hospital. Aku rasa macam nak ambil gambar mangsa tapi tak sampai hati pulak. So, aku cuma ambil gambar kereta mangsa je dari depan. Pastu dalam beberapa minit kemudian polis, bomba, ambulans pun sampai. Aku kat tempat kejadian ada lah >< dalam sejam dan berulang-ulang kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yang datang ambik baby tuh tentang apa yang jadi.

Aku kemudian tinggalkan tempat tuh dengan kaki yang menggigil. Live depan mata accident @ 200 km/j. Dalam masa beberapa saat je, 2 nyawa melayang. Baby pulak terpelanting keluar dari kereta. Baby yang tak tau apa-apa tuh kehilangan ibu bapa dia buat selama-lamanya. Aku teruskan perjalanan ke KL dengan kelajuan yang tak sampai 160 km/j. Isteri aku kat sebelah nampak macam trauma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak ape pun, dan radio pun aku tak pasang. Sampai Plaza Tol Gombak baru aku pasang radio dan cuba bercakap dengan wife aku untuk tenangkan dia. Lancer crash at 200 km/j. Dari laluan Kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). Minyak enjin (+) coolen mengalir keluar. =(

Tengs a bunch to gerbang informasi http://www.informasi.my for the news..

No comments:

Post a Comment