Wednesday, June 27, 2012

:: Alahai! Murid.. Murid.. =) ::


Masa yang semakin mencemburui setiap langkak kaki aku yang berlalu pergi mencapekkan aku.. Dek kerana itu, perbatasan (bukan batas tanam sayur ye..) harus aku ambil dan memilih batas perkara yang penting untuk didahulukan dan mengemudiankan apa yang patut aku kemudiankan.. Nah! Inilah hidup hamba Allah di stiap atas muka bumiNya ini..

Panjang mukaddimah aku arini.. Kekekeke.. Apepun, aku dah lame dah mengapdet (updates lah uolsz!) catatan diari tak formal aku nih dan aku rase aku patut tulis sesuatu supaya anda-anda-anda smua yang jauh dan dekat tak bohsan dengan isi kandungan blog aku yang maha merepek lagi meraban nih.. Tapi masalahnye, ghamai ke yang baca blog aku nih!?! #Musykil #Pitam =) Tapi takpelah sebab aku menulis pun bukan sebab sape-sape.. Hanya disebabkan aku rase beban idea perkongsian pintar dalam kepala aku nih dapat aku coret dan kongsikan dengan anda-anda-anda smua kat luar sane.. Konsep ‘Sharing Is Caring’ pon khannn..

Apepun, kisah lucu nih aku bawakkan sekadar suke-suki je.. Kalau korunk ghase korunk tengah mood terbang melayang kebaboo skarang, hahhh betollah pemilihan blog yang anda-anda-anda smua tengah baca skarang.. Aip! Jangan lari, jangan lari!=) #MotepSangat!

Alkisahnye..

Hujung minggu itu..di suatu pagi yang agak tenang.. Tenang dari hiruk pikuk kota debu metropolitan itu, aku terpaksa menggagahkan diri bangun dan bersiap untuk ke kelas tambahan ‘swasta’ di suatu kawasan perumahan.. Suasana tenang mungkin disebabkan pagi itu agak awal dan aktiviti manusia-manusia bandar ini belum banyak yang bermula.. Hujung-hujung minggu begini, ramai yang lebih gemar untuk bermanja-manjaan di atas katil mengulit mimpi indah kalau pun ade.. Tapi aku? Aku perlu mencari rezeki tambahan! Aku kena bangun! Aku kene cargas! Wake-up bro! Warm-up your machine..!

30 minit kemudian..

Kebiasaan, aku mulakan tugas dengan bismillah.. Smoga smua yang direncanakan berjalan dengan lancar.. Amiin.. =) Tapi, betollah bagai di kata, tugas guru bukan senang.. Walau ‘guru’ tuh bukan tugas hakiki aku, aku terkadang trasa jugak kehangatannya.. Berdepan dengan pelbagai situasi yang betol-betol di luar jangkaan dan jangkauan.. Apatah lagi dengan murid zaman moden nih.. Pemikiran murid moden ini terlalu luas dan bagaikan tak boleh dibatas-bataskan lagi.. Masa berlalu pergi, telah 2 jam aku di situ.. Memberi faham yang aku harap betol-betol mereka boleh ingat dan hadam.. Dan skarang aku masuk topik pecahan.. Kerja aku jadi lebih mudah sebab topik nih dah pun diajarkan di sekolah.. =) So, aku cuma menguatkan mana-mana bahagian yang kurang difahami sebelum bergerak ke aktiviti latihan..

Sampailah aku ke aktiviti latihan dan konversasi di bawah betol-betol membuatkan aku tahan gelak pagi tuh..
 
Aku
:
Okay, skarang buat latihan nih.. 1st skali kena baca dan fahamkan soalan.. Cuba baca btol-btol.. Bulatkan pecahan yang mewakili nilai terbesar..
Murid
:
Okay..faham bang..





..selepas beberapa minit..



Aku
:
Aik, kenapa kamu bulatkan smua jawapan yang salah? (musykil)
Murid
:
Betollah, bang (yakin nih!)
Aku
:
Salah.. Cuba baca soalan semula betol-betol.. Kan soalan nak kamu bulatkan pecahan yang terbesar antara 2 pecahan yang diberi.. Pecahan tuh macam bahagi la.. Contoh macam 1/4.. 1/4 tuh maksudnya 1 bahagian daripada 4 bahagian.. 1 bahagian kita bahagikan kepada 4.. Faham tak?
Murid
:
Hmm..tak faham jugak..
Aku
:
Alamak..camne nak terangkan eh? Okay, abang bagi contoh nih ye.. Anggap kertas kat tangan abang nih kek lah ye.. Okay, abang ade 2 biji kek.. Kek yang pertama nih abang potong 4.. Kek yang kedua nih abang potong 8.. Okay, antara 2 kek kat atas meja nih (sambil susun kertas yang aku dah koyakkan nih..), kalau abang bagi kamu, kamu nak pilih potongan kek yang mane 1?
Murid
:
Yang nih! (dia tunjukkan yang aku dah koyakkan kepada 1/8 tuh..) (sambil senyum..)
Aku
:
Erkkkk! Aik, nape kek yang nih? Cuba kamu tengok betol-betol, kek mane yang lagi besar? (musykil jap..) Nape pilih kek yang nih? Cuba terangkan..
Murid
:
Yerlah bang, kalau saya pilih kek yang nih (kek yang 1/4 tuh..) kan ke besar kek nih.. Kalau makan banyak-banyak kek yang nih nanti sakitlah perut..
Aku
:
Erk?!?

Memang tak boleh blah lah jawapan tuh.. Tahan gelak je lah aku dibuatnye pepagi nih.. =) Alahai, murid..murid..

No comments:

Post a Comment