Sunday, June 17, 2012

:: A.Y.A.H..Hanya Memori ::


17 Jun 2012, Ahad..Hari Bapa datang lagi.. Untuk tahun ke-2 nya Hari Bapa aku lalui tanpa ayah terchenta di sisi.. Bukan sahaja untuk hari ini malah juga untuk hari-hari akan datang bahkan buat selama-lamanya aku yatim tidak berayah.. Bagi mereka yang masih mempunyai ayah, alangkah indah dan bagusnya.. Tapi bagi aku, hanya kenangan-kenangan lalu yang mampu menggamit rasa hati untuk terus mendendangkan melodi melankolik itu yang aku benar-benar pasti tak akan luput ditelan zaman..

Hari ini, lewat tengah hari aku sampai ke rumah ibunda terchenta selepas selesai mencari rezeki tambahan mengajar tusyen di Bangi.. Terima kasihlah sebab rezeki aku dimurahkan lagi dengan bekalan tomyam panas.. :) Highway PLUS menuju ke Selatan tanah air hari ini bebas dari kesesakan di tempat-tempat kebiasaan.. Pemanduan aku juga lancar sekitar 100-120 km/j ditemani atmosfera yang berjerebu ala-ala sejuk macam di Genting Highland.. Kebakaran hutan beribu batu di Sumatera betul-betul membataskan ativiti ramai orang sekitar Kuala Lumpur-Selangor-Negeri Sembilan.. Tapi alhamdulillah, hujan rahmat pagi tadi sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban atmosfera hari ini..

Berseorangan, hanya ditemani Nescafe iced yang aku beli sebelum bergerak masuk highway sekejap tadi dan radio Melayu, hati aku berbolak-balik dengan butir bicara deejay dan pemanggil yang tak sudah-sudah dengan ucapan Selamat Hari Bapa.. Terhiba dengan setiap satu ucapan tersebut, aku lantas melarikan jari-jari aku mengubah corong radio kepada mode CD.. Mungkin ini boleh membantu jiwa lelaki aku kala ini.. Jauh di sudut hati, aku sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah di alam sana.. Semoga arwah ayahku ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman & beramal soleh.. InsyaAllah.. Amiin..

Bagi anda-anda-anda semua di luar sana, yang masih ber'ayah' tika dan saat ini, ambil kesempatan yang masih bersisa ini untuk terus berbakti dan meluangkan masa yang tiada harga itu sementara ada hayat dikandung badan.. Kalaupun nanti tiada, tidak meninggalkan kesan ralat di hati.. Bagi yang ada selisih faham, buang yang keruh ambil yang jernih.. Tanpa mereka yang bernama ayah, siapalah kita di sini pada hari ini untuk mendabik dada menongkat langit.. Bagi yang yatim ayah macam aku, kini tiada lagi panggilan 'ayah' meniti di bibir.. Hanya kenangan lalu masih kekal terpahat dalam memori.. Hargailah mereka sementara masih ada.. Masa tak akan menunggu kita.. Ukirlah memori sementara pisau itu masih tajam.. Kelak tidak berguna lagi.. :(

1 comment: