Sunday, April 8, 2012

:: Keputusan Nombor Ekor! ::

Bile dah berblogging nih, smua benda pun nak dicoretkan. Bukan sekadar coretan kosong tapi perkongsian penuh makne (#YeKe?) dengan anda-anda-anda smua. Jadi, bermulalah pengamatan benda nyata depan mata sampailah ke pembacaan-pembacaan umum yang perlu ulasan aku yang tak berapa nak pro nih. Apepun, niat aku baek..untuk berkongsi idea dari aku bazirkan waktu yang masih ada sisa belum cerna nih. Aippp, haa..yang tengah baca nih tak baek mencebik camtuh! Serius nih babe..! Hahahaha.. =)

Minggu nih seperti jadual mingguan aku..adalah minggu balik kampung. Setiap 2 minggu, mesti aku akan asingkan jadual aku untuk menjengah mak & adik-adik kat Seremban. Semenjak arwah ayah meninggal, beban dan tanggungjawab banyak yang aku pikul. Kalau nak harapkan orang laen, sapelah yang boleh menolong. 1, 2 kali mungkin orang cakap boleh tapi kalau slalu orang pun bohsan khannn. So, aku tak kisahlah kalau nih yang terpaksa aku korbankan selagi hayat dikandung badan. Semoga akan ada ganjaran dari Dia buat aku nanti. InsyaAllah.. =) (Seperti beselah, meh cepat amiinkan..!)

So, malam semalam aku bawak mak & adik-adik makan malam kat Garden Homes Seremban 2. Berkatkan rezeki Allah khannn.. Tapi sebelum tuh, mak suruh singgah nak beli barang skit kat Family Store. Aku okay jeh! Tapi aku tak turun kereta la pun sebab semalam plak tertembung dengan pasar malam kat kawasan tuh. Orang dah macam ulat plak aku tengok & aku ghase takde ciri-ciri aku nak dapatkan parking. Adehhh!

Sedang ralit duk perati orang keliling dari dalam kete, aku baru prasan uncle depan aku nih menjual surat khabar Bahasa Cina (+) potongan kertas A4 putih. Ikutkan aku, uncle nih kerat A4 tuh 8 bahagian kot sebab serius memang kecik je uolsz. Puas aku duk perati. Adoiyai, keciknye..tak nampak dek mata aku yang makin nak rabun nih! Laa, keputusan nombor ekor kalau potostet pun bleh buat duit jugak ghupenye ye? Patut le ramai yang datang singgah beli. Al-kisahnye..

Dari yang berjalan kaki, sampai ke yang nek motor, sampai le yang nek kete, smua ade uols. Pada hemat aku kejadahnye orang nak membeli suratkhabar dah malam-malam nih. Berita smua dah outdated. Fresh news dah nak klua esok yang tak sampai bape jam lagi je dah. Tak faham, tak faham.. Tapi dalam pada tak paham aku tuh, lagi aku tak paham camne le ghamai yang duk singgah beli kertas A4 putih kecik tuh. Kalau dah membeli keputusan nombor ekor, kompem-kompem dia dah beli nombor ekornye..iye tak?
Kalau yang membelinye bangsa lain aku tak berapa heran bin ajaib pun uols, tapi kalau bangsa sendiri pun sama banyak dengan bangsa lain, camne tuh? Nak beli punye pasal, datang jalan kaki pakai kaen pelekat pun jadi ler.. Memacam lah orang kite nih! Skarang sape nak jawab? Mana penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan dalam mendepani situasi & perkara camni? Susah betol nak bendung & nak educate orang bangsa kita pasal benda haram nih khannn. Ape untungnya menilik naseb nih? Kalau menguntungkan, lebih baik syarikat penilik naseb nih totop kedai je uols sebab diorang plak yang rugi!


DIA dah tetapkan mana yang halal & mana yang haram. Susah sangat ke nak ikut?!? Suke nau nak melawan ye! Ade le sebab nape menilik naseb nih diharamkan. Boleh membawa kepada keruntuhan akhlak & tamadun manusia! Ini serius ye uols!!! (Kan dah 3 kali '!') Untunglah sebab dilahirkan dalam keluarga Islam. Tak payah susah-susah nak mencari ape itu Islam. Cume perlu bijak mengIslamkan hidup ikut landas-landas Islam. Bukan landas-landas Melayu. Sangat berbeda Islam & Melayu tuh ye anda-anda-anda semua. Ada yang sama tapi tak semua yang sama tuh betol. So, kalau dah Islam tuh, syariat kene jaga. Tak boleh le nak samakan diri macam orang bukan Islam. Cara hidup, apa yang boleh, apa yang tak boleh bagi orang Islam kompem-kompem dah lain. Nih tak, bile nak kahwin 4 je baru nak ikut sunnah Nabi. Tapi bile solat 5 waktu taknak pulak ikut suruhan ye. Pandai betol manipulate keadaan kan orang-orang zaman skarang.


Bumi dah semakin uzur, zaman dah makin menghujung, tapi manusia semakin hilang arah diri. Yang bijak pandai pun belum tentu bijak pandai dalam 'Islam'. Bijak pun zaman nak ambik Pend. Agama Islam zaman SPM dolu-dolu je khannn. Skarang smua pun dah lupe dah. #APTB! Uols, selagi ada nafas, selagi itu DIA bagi ruang & kesempatan untuk hambaNYA berubah. Tepuk dada, tanya selera! Masa tak menunggu kita tapi kita yang kene manfaatkan stiap masa yang melintang deras usia.


Dengan itu, saya undur.. =)


p/s : Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan.. =) P.E.A.C.E.!

No comments:

Post a Comment