Wednesday, April 11, 2012

:: Peristiwa : YDPA, Polis & Gunting ::


11 April 2012 bersamaan hari Rabu, 19 Jamadilawwal 1433H merupakan hari pertabalan Sultan Kedah sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah iaitu YDPA Malaysia Ke-14. Tetapi, dalam sejarah Malaysia ini merupakan kali pertama pelantikan dibuat ke atas Sultan yang sama bagi memegang tampuk pemerintahan utama negara dan kali pertama juga pertabalan diadakan di Istana Negara yang baru siap dibina di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

FYI, aku cuma menyaksikan adat-istiadat melalui channel swasta TV3, tuh pun dengan ihsan RTM dari bilik terchenta jeh.. Penuh istiadat! Tuh je aku nak cakap.. Cuma, mungkin Islam di Malaysia akan lebih dipandang tinggi sekiranya pemimpin-pemimpin tertinggi negara menegaskan pemakaian pakaian yang betul-betul mengikut suruhan dan tegahan Islam. Secara tak langsung, Islam akan lebih dihormati dan sebagai salah satu jalan dakwah. InsyaAllah, amiin! =)

BTW, coti-coti umum macam nih, aku lebih suke duduk kat rumah kalau takde benda nak buat. Boleh guling-guling, lepak-lepaking, kemas-kemasin mane yang patutin..ape-apelah, asalkan mendatangkan manfaat. #MacamTipuJeh! Tapi, arini aku ade benda nak cari kat Low Yatt, KL. Sebab habis pertabalan pun dah dekat-dekat pukul 12 tengah hari, aku decide nak gerak lepas Zohor je. Senang skit kalau gerak lepas solat nih khannn..

Tapi, sebab tak makan tengah hari lagi, aku decide ambek paspud je @ McDonalds Petronas Sg. Besi (U). Seb bek sempat sampai sebelum pukul 3 petang, so dapatlah merasa Set Lunch yang murah tuh. Hehehehe.. =) Kalau lambat 10 minit lagi, kompem kene bayo ikut rege asal. Rugi, rugi.. Hahahaha.. #KedekBetol! #AAK?!? Okay lepas makan smua bermulalah jelajah ke KL. Aku doa dalam hati mintak-mintak smuanya berjalan lancar, takde kesesakan lalulintas & tiada kesemputan jiwa walaupun bukan aku yang drive sebenarnye. Kompem tak lenguh kaki! =) Tapi jangkaan aku meleset der.. =( Jalan kat simpang 4 sebelah Penjara Pudu lame tuh tutup sebab ade construction la pulek! Perghhh, jauh siot nak kene u-turn sampai dah nak sampai Dewan Bahasa Pustaka dah ni haa.. Jammed adalah sangat teruk! Adoiyai, lame lagi le nak sampai nih (+) kepanasan melampau kat luar tuh sebabkan aircond kete pun tak berapa nak ade ghase. Ghasak ler der..
 
1 je yang aku pelik bin ajaib, ajaib bin pelik! Awat le ghamai bebeno polis trafik kat sekitar kawasan nih? Aku ghase ade antara 10-15 orang kot yang aku jumpa sebelum aku masuk Low Yatt. Nak kate sebab pertabalan, pertabalan dah lepas. Lagipun pertabalan kat Istana Negara, Jalan Duta bukan kat tengah-tengah KL pon. Masalahnya, diorang nih aku simpulkan bukanlah sangat membantu dalam kelancaran trafik yang menderas nih. Tapi motor-motor kuwase beso diorang nih banyak yang digunakan untuk menutup lorong-lorong utama sebabkan orang ramai terpaksa buat u-turn (termasuklah kami nih haa) kat tempat laen. Ade yang membantu, tapi dalam keadaan sesak yang teramat sesak nih, keputusan meletakkan kenderaan kat pintu masuk lorong-lorong bukanlah langkah terbaek! Serius uolz, bukanlah langkah yang terbaek! And, the best part is..waktu tengah dalam kete nak kluar dari 1 simpang waktu kene buat u-turn nih, boleh plak terdengar ade sorang polis trafik nih menjerit sekuat hati marah kete belakang kitorang punye belakang.. Wow!!! Power seyh! Kete fully tutup tingkap pun still boleh dengar suara polis trafik tuh! Ini betol-betol kuat! Aku just nak ucapkan SYABAS je lah! Tindakan yang patut & sangat bijak! Orang yang tengah makan kat koridor bangunan sebelah smua duk pandang kat dia. Bangga sangatlah tuh ye tak? Kalau benda macam nih pun nak riak-takabbur-bongkak-ego-sombong-prasan bahgus sangat, susah jugak babe! Tak besar mane pun kalau jaga trafik (+) sikap camtuh! Orang tak hormat pun babe! Ingat yer!!!
Okay! Stop citer tuh.. Next? Hehehe.. Petang tadi, lepas solat Asar smua, mata aku memang stok takleh nak angkat dah uolsz. Nih kalau aku layankan kompem aku tido sesenja nih. Orang tua-tua cakap kalau tido sesenja nih leh gilak uolsz. Adehhh.. So, sebelum aku tertido & tergilak, bek aku blah.. Aku start kete, aku tekan pedal minyak, aku gerak pergi kedai gunting rambut. Jujurnye aku dah rimas sebab rase macam dah lebat plak rambut nih haa.. Aku memang jenis tak boleh rambut panjang skit.. Lemas rimas smua ade.. Huhu.. Jeles tengok orang leh bela rambut panjang.. Nak jugakkk! Huhuhu.. Btw, aku mintak abang tuh potong sikit je.. Nway, kedai nih aku dah bese pergi. So, seusai aku melangkah masuk mencemar duli bagai, aku terus tanya abang tuh, “Uncle mane?” Sebab slalunye uncle tuh yang potong rambut aku. “Dia sudah balik” “Balik mane? India ke?” “Ehh, taklah. Dia balik rumah dia laa. Rehat-rehat.” “Oooo..ingatkan balik India tadi. You pun lame dah tak nampak, mane pergi? Balik India ke?” “Ha’ah bang, balik India. Dalam satu setengah tahun je tapi banyak susah hidup sane bang” “Oooo..sebab ritu I ade tanye uncle & uncle cakap you balik India. I ingat dia main-main. Hehehe..” Ramah tak? Hikhik.. Dan sesambil dia potong tuh, dia tanye lagik, “Ni sapa potong ini rambut?” “Hah, potong rambut? Yang mane?” “Nih..yang depan nih. You sendiri kasi potong eh?” “Oooo..bukanlah. Kawan I yang potongkan. Nape?” Aku dah senyum-senyum dah.. Adehhh le.. “Takde la, I ingat you potong sendiri sebab tak sama ini depan. Cube you tengok.” “Takpelah, I nak cepat ritu so I mintak tolong member rumah I je yang potong” Hahaha.. Rambut dah tumbuh melebat balik pun dia bleh plak cam yang tak sama cutting nye. Hebat seyh! Dia siap sound lagi sebelum aku kluar pintu, “You nanti belah lah bahagian tuh, so takde nampak sangat. Nanti lame-lame dia jadi okey smula” Aku senyum je.. Heeee.. =) Pepun, thanks le mate ye. Walaupun abang tuh cakap tak same, as long as ana dapat free hair cutting kire okeh dah tuh. Hehehe.. Sesaje je ana citer, leh buat bahan gelak time bohsan nanti.. #KuiKuiKui!

p/s : Anta tak nak ana potongkan rambut anta ke? =) #WinkWink!

No comments:

Post a Comment