Friday, April 13, 2012

:: Semak Diri Anda! ::


Salam sejahtera, salam Jumaat..penghulu segala hari..

Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi saya & anda-anda-anda smua menghirup udara untuk terus bernafas bagi meneruskan kelangsungan hidup di bumi pinjamanNya yang maha luas nih. Alhamdulillah.. :) Entri saya arini Sekadar tazkirah ringkas untuk direnung & difikirkan bersama, buat peringatan diri sendiri & panduan anda-anda-anda smua..

Untunglah anda dilahirkan dalam keluarga Islam. Tak perlu susah payah mencari-cari cahaya hidayah macam orang lain yang perlukan sangat-sangat ‘cahaya’ untuk berubah. Tapi berapa ramai yang bersyukur & tahu bagaimana cara untuk menghargainya hidayah terbesar yang satu tuh..? Percaya tak kalau saya simpulkan ianya terlalu kurang.. Kalau pun solat 5 kali sehari semalam yang wajib tuh pun terlalu ramai yang culas & 'uzur' (katenyer..), apatah lagi kewajipan lain..
 
Tak kisahlah macam mana latarbelakang anda-anda-anda smua sebelum nih; dari sekolah agama, atau sekolah berasrama, atau sekolah biasa..yang penting smua orang pun dianjurkan untuk mempunyai kehidupan berteraskan Islam.. Bagi saya, sejahat mana sekalipun kita kat atas muka bumi Dia nih, solat 5 waktu W.A.J.I.B. buat! Jangan tinggal! InsyaAllah kalau tiang agama nih kita jaga, perkara-perkara lain secara sedar atau tak akan turut terpelihara. Tapi, kalau solat pun tak ambil pusing. 5 waktu pun entah ke mane. Yang sunat apetah lagi, kompem takde laa kan. Tapi yang pelik bin ajaibnye plak, bile time-time susah dan dan tuh ingat nak mintak tolong Dia. Haaa, tuh lah manusia yang slalu lupe diri bile diberikan kesenangan, tapi slalu ingat Dia bile ditimpa kesusahan. Inilah namanya ‘buat dengan syarat’. Hmm..

Satu je senarai semak saya nak buat untuk entri kali nih, nih pun sebab ustaz waktu saya ambek Bahasa Arab kat U dulu yang cakap, dan ade betulnye jugak ape yang ustaz tuh cakap.. Situasinya mudah; try masuk bilik member-member kat kolej (zaman study-study), cube perhatikan ade tak senaskhah Al-Quran? Try masuk sekurang-kurangnya 10 bilik. Brapa banyak bilik yang ade & brapa banyak bilik yang takde? Sepanjang pengamatan saya, >5 bilik yang takde, kan..? Hmm..sedih sungguh. Kitab mulia untuk bacaan, rujukan dan panduan hidup pun boleh takde dalam list. Laptop, music player, handphone canggeh manggeh boleh pulak ade, tapi Al-Quran tak sampai RM100.00 pun takde. Sedey! Sedey! Sedey! Dan kalau yang ade pulak, berapa ramai yang membacanye stiap hari? Sangat-sangat tak ramai.. =( Stiap minggu? Sangat tak ramai.. =( Stiap bulan? Pun, tak ramai jugak.. =( Stiap tahun? Hmm, tepuk dada tanyalah iman anda-anda-anda smua.. Anda tergolong dalam golongan yang mane.. Anda tak perlu bagitahu, tapi anda perlu tahu anda di tahap mane & kalau masih banyak yang kurang, lengkapkanlah.. Yang pasti, ramai yang membiarkannya tersusun cantik di atas rak, tapi penuh habuk sebab lame sungguh tak berusik..
 
Haaa, ape lagi kawan-kawan.. Balik nanti kita ambik Al-Quran, kita bace same-same.. Ustazah saya pernah cakap, bacalah sekurang-kurangnya sebaris ayat setiap hari, dan jadikan ianya amalan, insyaAllah hidup akan lebih tenang.. Tak susah kan kawan-kawan? Jom, bace!
 
Smoga dengan pengisian pagi Jumaat yang singkat ini, dapat sama-sama kite gunakan untuk muhasabah diri kita sendiri. Entri nih bukan untuk ditujukan kepada mana-mana pihak, tapi sekadar entri umum untuk perhatian smua terutamanya untuk diri saya sendiri yang slalu alpa dan leka atas pemberianNya.

p/s : Tingkatkan amal, tegakkan yang benar, runtuhkan yang salah.. =)

No comments:

Post a Comment