Wednesday, April 4, 2012

:: RESEPI : Ayam Masak Jawa Nasz ::

Alhamdulillah, arini chef nak berkongsi resepi baru untuk anda-anda-anda smua.. Baru bagi chef lah yang ala-ala masuk dapur skali skala nih khan, tapi mungkin resepi chef rini bese-bese je kat mata korunk.. Apepun, #ACK?! Hehehe.. So, smoga dengan resepi chef rini anda-anda-anda smua dapatlah mencuba ye.. Kalau nak sure, betol ke tak ghase masakan korunk tuh nanti, meh sini ajak chef ghase masakan korunk tuh.. Baru chef leh verify betol ke idok ghasenye.. Hehehehe.. Al-maklumlah, nanti salahkan chef plak kalau ghase masakan nih larik.. Hehehehe.. So, dipersembahkan Resepi 'Ayam Masak Jawa Nasz'..


Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang) :
1.    Ayam dipotong dadu (ambik bahagian daging..senang skit nak potong)
2.   Air stok ayam (1 mangkuk kecik)
3.   Bawang besar/holland (lagi banyak lagi manis masakan, so...ikut suke le)
4.   Bawang putih (5-6 ulas, dipotong halus)
5.   Cili besar (5-6 tangkai, diracik)
6.   Cili padi (8-10 tangkai, diracik halus..nak pedas lagi, tumbuk ye)
7.   Asam jawa (skit je, tak payah banyak..nanti masam plak)
8.   Minyak masak (ikut suke)
9.   Garam (ikut suke)
10.  MSG/Serbuk perasa (jangan lebey-lebey ye..nanti fenin)
11.  Kicap manis (sikit je..jangan banyak-banyak)
12.  Sedikit air (ikut suke)


Cara Memasak :
1.   Gaul daging ayam berserta sedikit garam & MSG/serbuk perasa dan matikan daging ayam tadi dalam periuk bersaiz sederhana (hahaha..) sehingga sedikit kering
2.   Kemudian, masukkan semangkuk air ke dalam periuk tadi --> untuk sediakan stok ayam (><5 minit, api sederhana)
3.   Keluar dan asingkan ayam & stok ayam tadi
4.   Panaskan minyak masak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau
5.   Masukkan cili besar, cili api & bawang besar yang telah dipotong chantique --> goreng sehingga layu
6.   Masukkan secubit serbuk kunyit --> kacau lagi sampai sebati
7.   Selepas layu sepenuhnya, masukkan sedikit kicap (*jangan banyak, nanti jadi masak kicap pulekkk) & air perahan asam jawa & stok ayam --> kacau sehingga sebati
8.   Biarkan 5-10 minit, rasa & ubahsuai-naiktaraf makanan korunk ikut kehendak selera memasing ye..
9.   Perghhh, dah siap dah masakan ‘Ayam Masak Jawa Nasz’ korunk.. =) Haa, hape lagi tunggu, cecepat hidang, panggil saya datang cube.. Hehehehe.. Pepun, silalah cube ye.. Cedaaap!



p/s : Ayam tadi boleh diubah kepada daging/perut/hati & pedal/ape-ape aje lah! Yang penting halalan toyyibah! Bagi aku, kalau tuko perut pon sodap! Ececececeh!

“SELAMAT MENCUBA LAH YE, KORUNK! =)”

No comments:

Post a Comment