Sunday, April 1, 2012

:: Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Skim SSM 2012 : Kakitangan Perkhidmatan Awam & PDRM =) ::

Alhamdulillah.. Berkat usaha pelbagai pihak dalam membela nasib pekerja-pekerja di Malaysia akibat daripada kos dan taraf hidup penduduk Malaysia yang semakin tinggi hari demi hari, di sini saya khabarkan berita gembira apabila Kerajaan Malaysia telah pun mengeluarkan Pekeliling Bil. 1/2012 (Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan) dan Pekeliling Bil. 2/2012 (Polis Di Raja Malaysia - PDRM).. Berita ini secara tidak langsung bagi saya berjaya menamatkan segala teka-teki dan buah mulut tentang andaian-andaian yang mungkin terutamanya dari segi pengiraan..
Alhamdulillah, berita ini turut terguna pakai untuk semua kakitangan yang sedang berkhidmat di dalam sektor perkhidmatan awam termasuklah pekerja bertaraf tetap, kontrak mahupun sambilan (melainkan yang bermasalah dan telah disabitkan).. Moga ada pihak yang akan membela nasib pekerja-pekerja kontrak dan sambilan secara total selepas ini & semoga Kerajaan Malaysia melihat isu ini secara aktif kerana bilangannya bukan sedikit, tapi cukup banyak..

Kepada sesiapa yang ingin membuat pengiraan secara sendiri (tidak rasmi) tentang Pekeliling Kenaikan Gaji SSM 2012 ini, boleh klik capaian di bawah..


Pengiraan Gaji (Klik Capaian Di Bawah)

Pekeliling Bil. 1 (Klik Capaian Di Bawah)

Pekeliling Bil. 2 (Klik Capaian Di Bawah)

No comments:

Post a Comment